Zaid Ibrahim Perjelas, Kenyataan Dr Mahathir Ketua Pembangkang

Zaid Ibrahim Perjelas, Kenyataan Dr Mahathir Ketua Pembangkang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid Ibrahim Perjelas, Kenyataan Dr Mahathir Ketua Pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid Ibrahim Perjelas, Kenyataan Dr Mahathir Ketua Pembangkang
link : Zaid Ibrahim Perjelas, Kenyataan Dr Mahathir Ketua Pembangkang

Baca juga


Zaid Ibrahim Perjelas, Kenyataan Dr Mahathir Ketua Pembangkang

PETALING JAYA: Ahli DAP berprofil tinggi terbaharu, Datuk Zaid Ibrahim, hari ini berkata beliau tidak pernah berniat mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Ketua De Facto pembangkang.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan laporan diterbitkan Malay Mail Online (MMO) di mana beliau dipetik berkata pakatan pembangkang mempunyai “perjanjian senyap yang Dr Mahathir ketua de facto pembangkang terkini”.
“Apabila orang mengatakan pembangkang tidak mempunyai pemimpin, saya cuba untuk menjelaskan. Saya tidak pernah berniat untuk berkata Dr Mahathir sebagai pemimpin tertinggi,” kata Zaid dalam mesej yang disiarkan di Twitter.
Ketika dihubungi, bekas de facto Menteri Undang-Undang berkata kenyataannya kepada portal berita itu berdasarkan pemerhatian peribadinya.
“Saya hanya menyatakan pendapat peribadi saya, bukan parti.”
“Saya sebagai ahli biasa sudah tentu tidak layak bercakap bagi pihak parti, apatah lagi pembangkang. Saya minta maaf dalam usaha menunjukkan pembangkang mempunyai pemimpin yang berwibawa, ia menyebab pemimpin tertinggi terasa.”
Beliau berkata memandangkan hakikat kepimpinan tertinggi pilihan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini di penjara, ramai yang melihat kepada kepimpinan Dr Mahathir.
“Saya bukan tidak menghormati (pemimpin pembangkang semasa) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, saya hanya merasakan Dr Mahathir menjadi salah satu penggerak banyak perkara untuk pembangkang.
“Dan tidak ada sesiapa mengetuainya sekarang,” Zaid memberitahu .
Laporan MMO bertajuk “Zaid Ibrahim: Dr M adalah Ketua de facto Pembangkang”, memetik Zaid berkata beliau menganggap Dr Mahathir ketua umum pembangkang, kerana bekas Perdana Menteri itu adalah satu-satunya pemimpin dengan pendapat dan berpengalaman yang kuat.
“Kita sudah ada pemimpin. Ia cuma tidak diperkatakan dan diisytihar. Tetapi Dr Mahathir pemimpin umumnya dan saya gembira,” katanya sebagaimana dilaporkan MMO.
Ini mendorong jawapan daripada Ahli Parlimen Puchong DAP Gobind Singh Deo, yang menafikan dakwaan Zaid didakwa terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Saya merasa pelik Zaid memilih membuat pengumuman seperti itu sebagai ahli DAP tanpa terlebih dahulu berunding dengan kepimpinan parti.
“Beliau sepatutnya lebih tahu. Ia adalah jawatankuasa eksekutif pusat yang memutuskan bagi pihak DAP dan tidak pernah ada keputusan seperti itu dibuat,” kata Gobind.
Beliau juga menafikan kewujudan sebarang “perjanjian senyap” antara pakatan pembangkang Pakatan Harapan dan PPBM berhubung peranan Dr Mahathir. #sumber


Zaid Ibrahim Perjelas, Kenyataan Dr Mahathir Ketua Pembangkang

Sekianlah artikel Zaid Ibrahim Perjelas, Kenyataan Dr Mahathir Ketua Pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Zaid Ibrahim Perjelas, Kenyataan Dr Mahathir Ketua Pembangkang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/zaid-ibrahim-perjelas-kenyataan-dr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zaid Ibrahim Perjelas, Kenyataan Dr Mahathir Ketua Pembangkang"

Posting Komentar