Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP

Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP
link : Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP

Baca juga


Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti pembabitan seorang pegawai kanan di kedutaan Korea Utara sebagai antara suspek dalam kes pembunuhan abang presiden korea Utara, Kim Jong Nam, manakala seorang lagi dikatakan mempunyai kaitan dengan syarikat penerbangan negara itu.
 
Ketua Polis Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua suspek masih berada di Malaysia dan telah diarahkan untuk memberi keterangan.
 
Katanya, diplomat Korea Utara memegang jawatan sebagai setiausaha kedua di kedutaan berkenaan.
 
Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) minggu lalu ketika bersiap sedia untuk menaiki penerbangan ke Macau.
 
Khalid pada sidang media hari ini berkata polis "amat yakin" empat lagi suspek yang melarikan diri dari Malaysia pada 13 Februari lalu, hari serangan itu berlaku, telah tiba di ibu negara Korea Utara Pyongyang. - Reuters
 
Pembunuhan Jong Nam perbuatan terancang
 
Sementara itu dalam sidang media yang sama, Khalid mengesahkan pembunuhan abang pemimpin tinggi Korea Utara, Kim Jong-nam adalah perbuatan terancang. 
 
Khalid berkata, warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29 dan wanita Indonesia dikenali sebagai Siti Aishah, 25, yang ditahan tahu mengenai perancangan untuk membunuh Jong-nam malah, mereka sudah beberapa kali berlatih sebelum ini. 
 
Katanya, kedua-dua wanita terbabit membunuh mangsa dengan cara menyapu toksik di muka mangsa dengan tangan. "Sudah tentu mereka tahu (rancangan pembunuhan). 
 
Mereka juga tahu cecair yang disapu itu toksik.
 
"Selepas selesai, kedua-dua mereka diarahkan oleh empat suspek yang sudah meninggalkan negara ini untuk membersihkan tangan di tandas," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, sebentar tadi. 
 
Khalid berkata, reman kedua-dua wanita itu yang tamat hari ini akan disambung tujuh hari lagi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut. 
 
Manakala, lelaki tempatan yang juga teman lelaki Siti Aishah, Muhammad Farid Jallaludin dibebaskan hari ini dengan jaminan polis. Jong-nam meninggal dunia pada 13 Februari lalu selepas diserang di aras pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).


Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP

Sekianlah artikel Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/wowww-polis-malaysia-memang-terbaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wowww Polis Malaysia Memang Terbaik Bebbb!!!!!Diplomat Korea Utara antara suspek, kata IGP"

Posting Komentar