Wan Azizah, Dua Lain Di Perintah Bayar "RM70,000" Kepada Felda !

Wan Azizah, Dua Lain Di Perintah Bayar "RM70,000" Kepada Felda ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Azizah, Dua Lain Di Perintah Bayar "RM70,000" Kepada Felda !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Azizah, Dua Lain Di Perintah Bayar "RM70,000" Kepada Felda !
link : Wan Azizah, Dua Lain Di Perintah Bayar "RM70,000" Kepada Felda !

Baca juga


Wan Azizah, Dua Lain Di Perintah Bayar "RM70,000" Kepada Felda !


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah pada 2010.

Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Nordin membuat keputusan itu dalam kamarnya ketika taksiran ganti rugi dengan dihadiri peguam Nor Emelia Mohd Iszeham mewakili plaintif manakala peguam Francis Pereira mewakili Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali dan penulis artikel tersebut Rusnizam Mahat selaku defendan.

Pada 17 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan saman Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd selaku plaintif terhadap ketiga-tiga defendan berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR 'Suara Keadilan'.

Nor Emelia ketika ditemui pemberita berkata mahkamah memerintahkan kesemua defendan membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua defendan membayar faedah lapan peratus dari tarikh penghakiman pada 17 Oktober 2014 hingga penyelesaikan kes itu pada Isnin.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.


Felda mendakwa artikel itu, masing-masing disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk 'Felda Bankrap' dan artikel berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu' menjejaskan imej mereka.

Pada 30 September 2014, bekas editor 'Suara Keadilan', Dzulkarnain Taib, yang merupakan seorang daripada defendan, memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya berhubung penerbitan dua artikel itu.


Beliau menyatakan bahawa artikel itu adalah palsu dan diterbitkan oleh 'Suara Keadilan' dengan tujuan untuk memperkecilkan pihak plaintif dan menjejaskan reputasi mereka. #sumber



Wan Azizah, Dua Lain Di Perintah Bayar "RM70,000" Kepada Felda !

Sekianlah artikel Wan Azizah, Dua Lain Di Perintah Bayar "RM70,000" Kepada Felda ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Wan Azizah, Dua Lain Di Perintah Bayar "RM70,000" Kepada Felda ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/wan-azizah-dua-lain-di-perintah-bayar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wan Azizah, Dua Lain Di Perintah Bayar "RM70,000" Kepada Felda !"

Posting Komentar