Judul : Tun Dr Mahathir: "Perbincangan" Kerjasama PPBM Dan PAS Masih Berjalan
link : Tun Dr Mahathir: "Perbincangan" Kerjasama PPBM Dan PAS Masih Berjalan
Tun Dr Mahathir: "Perbincangan" Kerjasama PPBM Dan PAS Masih Berjalan
PETALING JAYA: Perbincangan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS masih berjalan bagi membentuk kerjasama dalam pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14 (PRU-14) nanti.
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pihaknya berharap keputusan positif berjaya dicapai demi merealisasikannya dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) seterusnya mengambilalih pentadbiran negara.
Bagaimanapun, katanya, apa juga keputusan dalam perbincangan itu, PPBM menyatakan dengan jelas kerjasama antara parti itu dengan Pakatan Harapan (PAKATAN) termeterai lebih awal.
“PPBM sedang mengadakan perbincangan dengan PAS dan belum dapat keputusan lagi tetapi PPBM akan menyertai gabungan dalam PAKATAN lebih awal berbanding persetujuan dengan PAS.
“Kita harap PAS bersama sekurang-kurangnya dengan PPBM supaya kita dapat tentukan satu lawan satu,” katanya dalam sidang media selepas sidang meja bulat Selamatkan Malaysia di sini, semalam.
Mantan Perdana Menteri itu berkata, sekiranya persetujuan gagal disepakati maka mahu atau tidak harus menerima hakikat bakal berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih dalam PRU nanati.
Beliau seterusnya berkata, akan berlaku pecahan undi antara pembangkang dan membuka laluan mudah kepada BN bagi mengekalkan kuasa seandainya cadangan PAS bagi menyertainya dipersetujui PPBM dan KEADILAN.
“Sekiranya kita menyertai PAS maka kita terpaksa menentang mereka (PAKATAN).
“Kita akan memecahkan undi dan BN akan memenanginya (PRU-14),” katanya. #sumber
Tun Dr Mahathir: "Perbincangan" Kerjasama PPBM Dan PAS Masih Berjalan
Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir: "Perbincangan" Kerjasama PPBM Dan PAS Masih Berjalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tun Dr Mahathir: "Perbincangan" Kerjasama PPBM Dan PAS Masih Berjalan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/tun-dr-mahathir-perbincangan-kerjasama.html
0 Response to "Tun Dr Mahathir: "Perbincangan" Kerjasama PPBM Dan PAS Masih Berjalan"
Posting Komentar