TMJ Berjanji "Beri Rakya"t Mandat Untuk Pilih "Presiden" Jika Terajui FAM

TMJ Berjanji "Beri Rakya"t Mandat Untuk Pilih "Presiden" Jika Terajui FAM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TMJ Berjanji "Beri Rakya"t Mandat Untuk Pilih "Presiden" Jika Terajui FAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TMJ Berjanji "Beri Rakya"t Mandat Untuk Pilih "Presiden" Jika Terajui FAM
link : TMJ Berjanji "Beri Rakya"t Mandat Untuk Pilih "Presiden" Jika Terajui FAM

Baca juga


TMJ Berjanji "Beri Rakya"t Mandat Untuk Pilih "Presiden" Jika Terajui FAM

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjanji akan memberikan rakyat mandat memilih presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika beliau memenangi jawatan itu pada 25 Mac ini.
Tunku Ismail berkata itu merupakan satu daripada visi dan misi yang akan dilaksanakan sekiranya dilantik mengemudi FAM.
“Visi dan misi ini yang ramai kurang senang bila saya menjadi presiden FAM. Saya ingin tukar perlembagaan FAM.
“Exco gabungan dalam FAM ada kuasa mencalonkan presiden FAM, tetapi rakyat yang berhak untuk memilih,” katanya dalam sesi perjumpaan dengan hampir 1,000 penyokong bola sepak negara hari ini, bagi berkongsi mis dan visinya.
Selain itu, Tunku Ismail turut menjelaskan 7 lagi visi dan misi, antaranya mahu mengambil pendekatan memperbetulkan struktur FAM.
Tunku Ismail berasa ia langkah paling penting sebelum pasukan Harimau Malaysia mampu kembali bangkit di peringkat Asia mahupun dunia.
“Jika menang, saya bakal masuk rumah yang saya tak tahu bagaimana keadaanya. Saya akui tugas ini akan mencabar memandangkan saya bekerja dengan orang yang nak bekerja dan orang yang bekerja demi kepentingan lain.
“Saya akan memantau sepenuhnya apa yang berlaku. Setiap exco hanya mempunyai tugasnya sendiri,” katanya.
Selain itu, Tunku Ismail berkata akan menubuhkan satu jawatankuasa ekskutif, integriti dan kewangan yang akan ditadbir sepenuhnya individu dilantik oleh beliau.
“Ini bagi memastikan perubahan yang saya ingin lakukan dalam FAM menjadi kenyataan. Saya akan pastikan tiada satu sen pun keluar dari kantung FAM tanpa tandatangan saya,” katanya.
Seterusnya, pasukan Harimau Malaysia akan diletakan di bawah sebuah organisasi berkecuali dan tidak boleh disentuh sama ada oleh Timbalan Presiden mahupun exco.
“Kita akan lantik orang yang betul-betul berkelayakan menguruskan skuad negara,” katanya.
Tunku Ismail berkata FAM juga tidak akan hanya tertumpu di Wisma FAM Kelana Jaya, sebaliknya akan dibuat di seluruh negeri.
“Ia bagi memberikan peluang kepada saya sendiri dan barisan exco meninjau berapa fasiliti serta kelengkapan yang ada di setiap negeri.
“Selepas mesyuarat exco, akan ada perjumpaan dengan penyokong. Ini akan dilakukan 3 bulan sekali.
Menurut beliau, ia langkah terbaik untuk mendengar suara penyokong dari bawah.
Tunku Ismail juga mahu hak penyiaran sebanyak 40% yang masuk ke kantung FAM diserahkan kembali kepada pasukan negeri.
“Tulang belakang pasukan yang bertanding dalam sesuatu liga adalah duit hasil hak penyiaran.
“Jadi, kenapa hasil 40% ini perlu diserahkan kepada FAM? Ini akan saya betulkan dan dana tersebut boleh digunakan pasukan negeri untuk pembentukan pasukan di akar umbi,” katanya.
Beliau turut menyentuh konsistensi pelaksanaan hukuman dan menegaskan ia akan dijalankan dengan sewajarnya.
“Saya tahu dalam FAM ada individu yang cuba jaga kawan. Sebab itu dalam kes membabitkan seorang pemain Kedah baru-baru ini, dia hanya dikenakan denda. Berbeza dengan kes sebelumnya apabila ada pemain gantung 3 bulan. Saya akan pastikan hukuman dijalankan dengan cara betul,” katanya.
Kata Tunku Ismail, pembentukan pemain di akar umbi juga akan diberikan keutamaan selain institusi pengadil akan diperkukuhkan.


TMJ Berjanji "Beri Rakya"t Mandat Untuk Pilih "Presiden" Jika Terajui FAM

Sekianlah artikel TMJ Berjanji "Beri Rakya"t Mandat Untuk Pilih "Presiden" Jika Terajui FAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca TMJ Berjanji "Beri Rakya"t Mandat Untuk Pilih "Presiden" Jika Terajui FAM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/tmj-berjanji-beri-rakyat-mandat-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TMJ Berjanji "Beri Rakya"t Mandat Untuk Pilih "Presiden" Jika Terajui FAM"

Posting Komentar