PKR Dakwa PRU14 Ini Nanti Paling Kotor Kerana Kegagalan Pihak SPR

PKR Dakwa PRU14 Ini Nanti Paling Kotor Kerana Kegagalan Pihak SPR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Dakwa PRU14 Ini Nanti Paling Kotor Kerana Kegagalan Pihak SPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Dakwa PRU14 Ini Nanti Paling Kotor Kerana Kegagalan Pihak SPR
link : PKR Dakwa PRU14 Ini Nanti Paling Kotor Kerana Kegagalan Pihak SPR

Baca juga


PKR Dakwa PRU14 Ini Nanti Paling Kotor Kerana Kegagalan Pihak SPR

SHAH ALAM: PKR mendakwa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pilihan raya paling kotor disebabkan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan bantahan siasatan awam melibatkan daftar pemilih, kata Nurul Izzah Anwar.

Naib presiden PKR itu berkata, pengundi yang melalui proses bantahan itu terpaksa menunggu sehingga 6 bulan sebelum namanya dimasukkan dalam daftar pemilih.
“Dan tidak ada jaminan sekiranya dia (pengundi) tidak hadir semasa namanya dibantah.
“Pada saya, apa yang amat saya bimbangkan PRU14 ini akan jadi pilihan raya paling kotor dan paling manipulasi dalam sejarah Malaysia.
“Saya harap pimpinan (SPR) harus faham isunya bukan mahu memperbaiki birokrasi, tetapi anda menafikan hak pengundi untuk memilih dan anda membuat ianya juga sukar kepada kami,” katanya pada sidang media di SPR Selangor hari ini.
Terdahulu, beliau bersama Pemuda Pakatan Harapan Selangor menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri kerana tidak mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RPDT) suku tahun kepada parti politik bertanding.
Semalam, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara SPR Selangor mengendalikan proses bantahan 274 kes siasatan awam di cawangan SPR Shah Alam.
Ini kerana, katanya, proses bantahan hanya terhad kepada 9 pagi sehingga 1 tengah hari, sedangkan banyak kes yang perlu dikendalikan.
Dalam perkembangan lain, Izzah berkata, sebanyak 140 reka bentuk logo Pakatan Harapan diterima gabungan 4 parti itu setakat ini.
“Kami amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat umum dan tentunya pemilihan akan dibuat peringkat pimpinan yang kita akan umumkan kepada masyarakat dari semasa ke semasa,” katanya.
Tarikh tutup untuk orang ramai menghantar logo reka bentuk mereka ialah 10 pagi tadi.
Tiga reka bentuk logo Pakatan Harapan yang disenarai pendek Majlis Presiden gabungan itu 2 minggu lalu, dikritik orang ramai selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memuat naik 3 logo itu ke Facebooknya, Rabu lalu.
Dua daripada logo itu menunjukkan grafik separa matahari dengan perkataan “Harapan” di bawahnya, masing-masing dengan latar belakang kuning dan merah, manakala 1 lagi logo menunjukkan gambar ibu jari menuding ke atas (thumbs up) dengan perkataan “Pakatan Harapan”. 
Pakatan Harapan merupakan gabungan antara DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ia dijangka menyertai PRU14 menggunakan satu logo, kali pertama pembangkang berbuat demikian dalam sejarah pilihan raya. #sumber


PKR Dakwa PRU14 Ini Nanti Paling Kotor Kerana Kegagalan Pihak SPR

Sekianlah artikel PKR Dakwa PRU14 Ini Nanti Paling Kotor Kerana Kegagalan Pihak SPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PKR Dakwa PRU14 Ini Nanti Paling Kotor Kerana Kegagalan Pihak SPR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/pkr-dakwa-pru14-ini-nanti-paling-kotor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR Dakwa PRU14 Ini Nanti Paling Kotor Kerana Kegagalan Pihak SPR"

Posting Komentar