TIDAK PERLU MEMBEZAKAN KUBAH DENGAN MASJID – RIDHUAN TEE

TIDAK PERLU MEMBEZAKAN KUBAH DENGAN MASJID – RIDHUAN TEE - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TIDAK PERLU MEMBEZAKAN KUBAH DENGAN MASJID – RIDHUAN TEE, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TIDAK PERLU MEMBEZAKAN KUBAH DENGAN MASJID – RIDHUAN TEE
link : TIDAK PERLU MEMBEZAKAN KUBAH DENGAN MASJID – RIDHUAN TEE

Baca juga


TIDAK PERLU MEMBEZAKAN KUBAH DENGAN MASJID – RIDHUAN TEE

Bukan sembahan atau bentuk sembahan orang Cina yang perlu ditentang, tetapi sikap “ultra kiasu” yang menentang Islam atau sentiasa mahu menang, kata Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
“Kenapa perlu kaitkan atau muktamadkan kubah itu dengan masjid? Saya lebih suka orang Cina menyembah kubah atau Datuk Kong atau Datuk Panglima daripada mereka menyembah objek yang pelik-pelik.
“Tetapi, jika ada niat mereka untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membina datuk kong bersenibina kubah, maka ketika itu, tindakan bolehlah diambil,” katanya, seperti dilaporkan Ismaweb.
Pendakwah bebas itu berkata demikian ketika mengulas isu perobohan tokoh di Klang yang mempunyai struktur seperti masjid.
Sementara itu, Ridhuan juga berkata, kubah bukan hak mutlak orang Islam, sebaliknya berasal daripada seni bina “Moorish Indian” dan bukan seni bina Arab atau Melayu.
“Jadi, pemilihan kubah di masjid dan surau adalah kerana binaan dan rupa bentuknya yang cantik.
“Maka, tidak timbul isu perkaitan antara kubah dengan masjid dan surau, tidak ada justifikasi untuk kita mengatakan bahawa masjid itu kubah, kubah itu masjid.
“Katakan masjid surau berseni bina pagoda seperti ribuan yang terdapat di China, adakah ia tidak layak dipanggil masjid surau? Tidakkah selama ini umat Islam yang berada di China dan kita yang melawat masjid di sana, bersolat dalam masjid berbentuk pagoda.
“Jadi perlu faham, masjid dan surau boleh berupa senibina apa sekalipun, selagi tidak bercanggah dengan prinsip asas seni bina Islam, maka Islam menerimanya kerana Islam itu adalah agama universal.
“Apa jua senibina dan reka bentuk yang datang daripada bangsa apa sekalipun ia adalah Islamik selagi tidak ada objek berupa patung atau berhala,” katanya lagi.
Sementara itu, portal berita NGO itu juga melaporkan umat Islam sepatutnya tidak bimbang mengenai rumah ibadat yang mempunyai kubah kerana ia boleh dibezakan sama ada masjid atau bukan.
Apa yang lebih penting, katanya, adalah mengimarahkan masjid dan surau, bukan bentuk kubah itu. – Malaysiakini
Nota Ana Ghoib: Hai buat-buat buta pula bukankah di atas kubah itu ada lambang bulan sabit merujuk kepada Islam?
Bagaimana pula jika dibina rumah Ridhuan Tee dan dibuat kubah bersama lambang swastika NAZI di atasnya yang merujuk kepada Buddha?
Memang ada ‘thin line’ dalam interpretasi disitu maka bagi mengelak kekeliruan elok sahaja dihapuskan.


TIDAK PERLU MEMBEZAKAN KUBAH DENGAN MASJID – RIDHUAN TEE

Sekianlah artikel TIDAK PERLU MEMBEZAKAN KUBAH DENGAN MASJID – RIDHUAN TEE kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca TIDAK PERLU MEMBEZAKAN KUBAH DENGAN MASJID – RIDHUAN TEE linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/tidak-perlu-membezakan-kubah-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TIDAK PERLU MEMBEZAKAN KUBAH DENGAN MASJID – RIDHUAN TEE"

Posting Komentar