Judul : Pesakit jantung cecah 300,000 orang tahun 2016: IJN
link : Pesakit jantung cecah 300,000 orang tahun 2016: IJN
Pesakit jantung cecah 300,000 orang tahun 2016: IJN
ISMA WEBKUALA LUMPUR – Sebanyak 300,000 pesakit jantung menerima rawatan sebagai pesakit luar sepanjang tahun lalu, berdasarkan rekod Institut Jantung Negara (IJN).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohd. Azhari Yakub berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2015, seramai 280,000 pesakit.
Katanya, jumlah pesakit jantung di negara ini meningkat antara lima hingga tujuh peratus setiap tahun.
Jelas beliau, peningkatan ini amat membimbangkan memandangkan penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di negara ini.
“Ia bukan sahaja melibatkan golongan berusia malah golongan muda seawal usia 20-an.
“Oleh itu, setiap orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan sejak awal,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Selain itu, beliau berkata, pesakit jantung biasanya terdiri dalam kalangan mereka berusia lingkungan 50-an di mana antara punca penyakit itu disebabkan tidak menjaga pemakanan, obesiti, merokok dan diabetes.
Pesakit jantung cecah 300,000 orang tahun 2016: IJN
Sekianlah artikel Pesakit jantung cecah 300,000 orang tahun 2016: IJN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pesakit jantung cecah 300,000 orang tahun 2016: IJN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pesakit-jantung-cecah-300000-orang.html
0 Response to "Pesakit jantung cecah 300,000 orang tahun 2016: IJN"
Posting Komentar