Judul : "Pemangku Raja Pahang" Santap Cendul, Warung Tepi Jalan Pekan
link : "Pemangku Raja Pahang" Santap Cendul, Warung Tepi Jalan Pekan
"Pemangku Raja Pahang" Santap Cendul, Warung Tepi Jalan Pekan
PEKAN: Pengemar Cendul di Bandar Diraja Pekan tidak menduga sama sekali, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, sanggup bercemar duli santap di warung tepi jalan raya, disini, hari ini.
Warung Bergerak Cendul Hamid di Pekan Waterfront berhadapan Stesyen Minyak Shell menjadi pilihan putera kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Tengku Abdullah yang juga Tengku Mahkota Pahang, baru sahaja selesai menziarah pusara ayahanda sedara di Makam Diraja Pekan, sebelum baginda buat kejutan singgah di warung Hamid untuk menikmati cendul yang menjadi kegemaran baginda sebelum berangkat pulang ke Istana.
Sebagai raja yang berjiwa rakyat, baginda turut berkunjung di warung-warung berhampiran bersalaman serta beramah mesra termasuk rakyat baginda, juga pelangan-pelangan yang datang dari Jengka, Johor dan Terengganu yang singgah di warung-warung disitu.
KDYMM Pemangku Raja Pahang turut membeli serba sedikit minum dan kuih muih yang dijual oleh peniaga kecil di situ untuk santap/makan bersama pegawai dan kakitangan yang mengiringi baginda.
Pada masa yang sama baginda turut mempelawa pengemar cendul yang singgah di warung tersebut bersama-sama menikmati cendul, kuih muih, satar dan ayam madu.
Tengku Abdullah dikenali anak raja berjiwa penyayang dan mesra rakyat itu tidak menghampakan harapan orang ramai khususnya rakyat Pahang apabila baginda melayan penuh mesra.
Baginda juga menunaikan permintaan orang ramai yang berada di Pekan Waterfront untuk merakam gambar dengan baginda. #sumber
"Pemangku Raja Pahang" Santap Cendul, Warung Tepi Jalan Pekan
Sekianlah artikel "Pemangku Raja Pahang" Santap Cendul, Warung Tepi Jalan Pekan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca "Pemangku Raja Pahang" Santap Cendul, Warung Tepi Jalan Pekan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pemangku-raja-pahang-santap-cendul.html
0 Response to ""Pemangku Raja Pahang" Santap Cendul, Warung Tepi Jalan Pekan"
Posting Komentar