Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak !

Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak !
link : Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak !

Baca juga


Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak !


ALOR SETAR: Seorang pelajar Tingkatan Lima mendakwa dimalukan gurunya kerana tidak membuang bungkusan nasi lemak ke tong sampah di sekolahnya di Kuala Nerang, dekat sini.

Foto: Pelajar terlibat menunjukkan bagaimana dia diarah mengutip bungkusan nasi lemak menggunakan mulut di kediamannya sambil disaksikan kedua ibu bapanya.
Pelajar berusia 17 tahun itu mendakwa dia ditendang pada dada dan kaki kanan selepas dilihat menyelit kertas bungkusan makanan itu di celah tingkap ketika melintasi sebuah kelas pada kira-kira 9.30 pagi, Isnin.

"Guru di kelas berkenaan melihat apa yang dilakukannya dan mengarahkan saya mengambil semula bungkusan itu dengan mulutnya.

"Saya buat seperti disuruh tetapi bungkusan itu terjatuh ke lantai, jadi saya ambil menggunakan tangan.

"Ketika itu, guru berkenaan naik berang walaupun saya meminta maaf selepas dia mendakwa saya tidak mengikut arahannya," katanya ketika ditemui di kediamannya, Selasa.

Remaja itu berkata, guru kelasnya dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum salah seorang rakan sekelahnya menghantarnya pulang ke rumah di Kampung Lubuk Perong kerana kesakitan akibat dipukul guru berkenaan.

Bapa pelajar berkenaan yang berusia 45 tahun telah membawa anaknya untuk membuat laporan polis pada hari sama.

Beliau mengakui masih boleh terima jika anaknya dirotan, bukannya diserang sedemikian oleh seorang guru.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, sambil menambah keterangan pelajar dan guru berkenaan sudah diambil bagi membantu siasatan. #sumber



Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak !

Sekianlah artikel Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pelajar-dakwa-di-serang-guru-gara-gara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak !"

Posting Komentar