Kekecohan bukan dari ahli Armada - Syed Saddiq...Lagi Nak Tegak Benang Yang BAsah

Kekecohan bukan dari ahli Armada - Syed Saddiq...Lagi Nak Tegak Benang Yang BAsah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kekecohan bukan dari ahli Armada - Syed Saddiq...Lagi Nak Tegak Benang Yang BAsah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kekecohan bukan dari ahli Armada - Syed Saddiq...Lagi Nak Tegak Benang Yang BAsah
link : Kekecohan bukan dari ahli Armada - Syed Saddiq...Lagi Nak Tegak Benang Yang BAsah

Baca juga


Kekecohan bukan dari ahli Armada - Syed Saddiq...Lagi Nak Tegak Benang Yang BAsah

SHAH ALAM: Armada percaya kekecohan yang berlaku di Forum 'Nothing To Hide 2.0' petang tadi didalangi bukan ahli Armada meskipun individu itu memakai baju mirip sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Ketuanya, Syed Saddiq Abdul Rahman menegaskan baju-baju yang dipakai kumpulan berkenaan bukan baju rasmi Armada.

"Daripada siasatan awal pihak polis bahawa mereka memakai baju Armada namun bukan yang rasmi dikeluarkan oleh Armada PPBM.

"Keduanya mereka berlari (ketika kejadian kekecohan) dan menanggalkan baju Armada. Kita dimaklumkan mereka diberi baju secara percuma dan kesemua mereka merupakan pelajar," katanya di sidang media sayap berkenaan selepas forum berkenaan dihentikan.

Forum 'Nothing To Hide 2.0' anjuran PPBM kecoh apabila hadirin yang tidak dikenali bertindak membaling kerusi dan botol air ke arah pentas ketika pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan hadirin.

Kekecohan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam itu tercetus apabila peserta yang bangun bertanyakan soalan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Dr Mahathir bersabit peristiwa Memali ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Syed Saddiq kemudiannya mendakwa kekecohan yang berlaku itu merupakan serangan sistematik yang ditujukan kepada Dr Mahathir.

"Dalam tempoh sejam setengah tidak ada masalah walaupun pelbagai isu sensitif dibangkitkan.

"Malangnya wujud elemen sabotaj yang sistematik. Kami percaya ia ditujukan untuk sabotaj forum ini dan mencederakan Dr Mahathir.

"Jika dilihat selepas soalan itu (berkenaan tragedi Mamali), kita nampak botol air, kerusi dan suar dicampakkan ke arah Dr Mahathir," kata Syed Saddiq.

Sementara itu Exco Armada, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir memberitahu Dr Mahathir tidak mengalami sebarang kecederaan, malah memuji penganjur di sebalik kejadian tidak dijangka itu.

"Kita tidak jangka benda ini berlaku, kami kata kami minta maaf dengan Dr Mahathir tetapi beliau kata tidak apa, ini perjuangan demi negara, agama dan bangsa kita untuk selamatkan negara," ujarnya.

Dalam perkembangan itu Ketua Polis Daerah Shah Alam, Assisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan menahan dua suspek yang disyaki pelajar sebuah kolej dan seorang individu yang tidak bekerja bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di forum tersebut.


Kekecohan bukan dari ahli Armada - Syed Saddiq...Lagi Nak Tegak Benang Yang BAsah

Sekianlah artikel Kekecohan bukan dari ahli Armada - Syed Saddiq...Lagi Nak Tegak Benang Yang BAsah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kekecohan bukan dari ahli Armada - Syed Saddiq...Lagi Nak Tegak Benang Yang BAsah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/kekecohan-bukan-dari-ahli-armada-syed.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kekecohan bukan dari ahli Armada - Syed Saddiq...Lagi Nak Tegak Benang Yang BAsah"

Posting Komentar