PAS perlu undur diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Mahfuz Omar

PAS perlu undur diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Mahfuz Omar - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS perlu undur diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Mahfuz Omar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS perlu undur diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Mahfuz Omar
link : PAS perlu undur diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Mahfuz Omar

Baca juga


PAS perlu undur diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Mahfuz Omar

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS perlu menarik diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
 
Beliau berkata demikian susulan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
 
PKR yang mengetuai pentadbiran di Selangor mempunyai hubungan politik dengan DAP dan Amanah selain PAS, ujar Mahfuz.
 
“Sudah terang lagi bersuluh, PKR seperti mana parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan Amanah, malah telah menanda tangani 'perjanjian kerjasama politik' untuk meranapkan kuasa politik Umno/BN pada PRU ke-14 nanti.
 
“Oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Presiden PAS,” katanya. dalam satu kenyataan hari ini.
 
Mahfuz berkata, PAS tidak perlu menunggu hingga muktamar parti itu pada April nanti untuk menentukan kedudukannya dalam hubungan kerjasama dengan PKR.
 
Ahad lalu, Hadi menutup rapat pintu bekerjasama dengan PPBM walaupun rundingan berterusan diadakan oleh pemimpin kanan kedua-dua pihak.
 
Presiden PAS itu menegaskan bahawa mereka tidak akan mempunyai sebarang kaitan dengan pihak yang bekerjasama dengan DAP dan parti serpihannya, Amanah.
 
Mahfuz berkata implikasi lebih besar juga bermakna bahawa PAS perlu melepaskan semua jawatan jawatan lantikan politik dengan segera secara berprinsip.
 
Ini termasuk jawatan exco, ahli majlis kerajaan tempatan, jawatankuasa kemajuan keselamatan kampung (JKKK), ketua kampung, syarikat berkaitan kerajaan (GLC.
 
“Adalah lebih baik untuk PAS mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan PAS masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi hasil dari kedudukkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
 
“Sudah sampai masanya (Pesuruhjaya PAS Selangor) Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga naib presiden PAS dan rakan-rakan exco kerajaan negeri dari PAS melepaskan jawatan exco dan apa-apa jawatan lantikan politik yang berkaitan,” katanya.
 
Mahfuz juga melahirkan rasa sayu dengan sedihnya dengan pendirian Hadi itu ketika rakyat mengharapkan satu pakatan gabungan kekuatan parti pembangkang untuk meranapkan dan menamatkan kuasa politik Umno/BN.
 
 


PAS perlu undur diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Mahfuz Omar

Sekianlah artikel PAS perlu undur diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Mahfuz Omar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS perlu undur diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Mahfuz Omar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pas-perlu-undur-diri-daripada-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS perlu undur diri daripada kerajaan negeri Selangor, kata Mahfuz Omar"

Posting Komentar