Pengganti saya warisi Proton berkeuntungan, kata Dr M

Pengganti saya warisi Proton berkeuntungan, kata Dr M - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengganti saya warisi Proton berkeuntungan, kata Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengganti saya warisi Proton berkeuntungan, kata Dr M
link : Pengganti saya warisi Proton berkeuntungan, kata Dr M

Baca juga


Pengganti saya warisi Proton berkeuntungan, kata Dr M

 
Bekas perdana menteri berkata demikian susulan serangan Najib baru-baru ini terhadap dasar ekonominya.
 
 
Mahathir-Proton

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan projek kereta nasional, Proton yang dilancarkannya 3 dekad dahulu dengan berkata, penggantinya mewarisi sebuah syarikat menguntungkan, sebelum prestasi syarikat itu merosot disebabkan dasar dilaksanakan 2 penggantinya.

“Dahulu, projek untuk kereta nasional (mendapat) banyak duit hingga menyebabkan kita lakukan projek (membina kilang) di Tanjung Malim menggunakan wang sendiri, tanpa sebarang pinjaman dari bank atau bantuan kerajaan.

“Semuanya berjalan lancar di negara ini apabila saya melepaskan jawatan. Disebabkan itu, saya tunggu dan tidak melepaskan jawatan pada 1998, ketika kita hadapi krisis ekonomi.

“Saya tinggalkan negara dalam keadaan baik dan selepas dua (pemimpin) ini ambil, kita ada masalah,” katanya merujuk penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Proton ditubuhkan Dr Mahathir pada 1983 dan ia mula mengeluarkan kereta nasional pada 1985 untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.

Syarikat itu pernah menguasai pasaran kenderaan tempatan dengan hampir 80% kereta penumpang baharunya dijual.

Selepas persaraannya, Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton, tetapi beliau meletak jawatan pada Mac 2016 setelah meninggalkan Umno kerana tidak puas hati dengan pentadbiran Najib.

Tahun lalu, DRB-Hicom menjual 49.9% pegangannya dalam Proton kepada syarikat gergasi China, Zhejiang Geely.

Jualan Proton ketika ini turun kepada 70,991 tahun lepas, berbanding 72,291 unit yang terjual pada 2016.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kegagalan Proton ada kaitan dengan pasaran automotif terbuka Malaysia dan beliau tidak menolak kemungkinan syarikat itu bakal ditutup atau bankrap.

“Banyak pengedar dan penjual kereta akan tutup kedai mereka kerana sudah diberikan arahan untuk mengurangkan kos sebanyak 30%.

“Akhirnya, semua bahagian komponen akan diimport dari China, saya fikir inilah dasar Najib dan syarikat Proton ini tidak akan eksport kereta ke China, tetapi di Thailand dan Indonesia yang pasarannya tidak luas.”

Pengerusi PH itu turut menjawab tuduhan Najib yang beliau mengabaikan pengangkutan awam kerana terlalu obses dengan Proton.

“Saya rasa dia sepatutnya lihat cermin dan bercakap dengan cermin kerana tidak ada sesiapa yang memahami logiknya.”

 LIHAT VIDEO DI SINI




Pengganti saya warisi Proton berkeuntungan, kata Dr M

Sekianlah artikel Pengganti saya warisi Proton berkeuntungan, kata Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pengganti saya warisi Proton berkeuntungan, kata Dr M linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pengganti-saya-warisi-proton.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengganti saya warisi Proton berkeuntungan, kata Dr M"

Posting Komentar