Judul : "Pakatan Harapan" Tekad, Untuk Selamatkan Malaysia, Bina Negara Lebih Baik
link : "Pakatan Harapan" Tekad, Untuk Selamatkan Malaysia, Bina Negara Lebih Baik
"Pakatan Harapan" Tekad, Untuk Selamatkan Malaysia, Bina Negara Lebih Baik
PETALING JAYA: Pelbagai skandal melanda negara ketika ini hingga menjadi perhatian global, mendorong parti pembangkang dalam Pakatan Harapan (PAKATAN) bertekad merubah keadaan dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) nanti.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan hari ini sempena Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia dianjurkan di sini, semua parti, KEADILAN, DAP, AMANAH juga PPBM mencapai persetujuan dalam isu berkenaan bagi meraih sokongan rakyat untuk menolak pentadbiran kerajaan diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Malaysia kini ‘terkenal’ dengan kleptokrasi global dan menyedihkan ketua pegawai kerajaan termasuk Peguam Negara dan Ketua Polis Negara sekadar cuci tangan daripada skandal ini dengan mengisytiharkan tiada orang didapati bersalah walau terdapat bukti dikemukakan Ketua Audit Negara.
“Kita di Malaysia sedang berada di tahap membimbangkan maka bagi membuang label kleptokrasi global amat memalukan ini, kita rakyat tanpa mengira kaum, agama, bahasa, wilayah, gender, usia atau ideologi – mesti bekerjasama untuk Selamatkan Malaysia,” kata kenyataan itu.
Persidangan itu dipengerusikan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sambil disertai Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pemimpin parti komponen lain PAKATAN.
Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terutamanya dipercayai membabitkan Najib menghadirkan situasi tidak menentu dalam negara menimlbulkan kebimbangan umum.
Pimpinan PAKATAN menyata Kerajaan Persekutuan perlu menerima hakikat wujudnya skandal 1MDB untuk memastikan ia tidak lagi menghantui negara dan rakyat serta menyarankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi memastikan setiap sen daripada skandal itu dikembalikan.
“Kita perlu memulihkan kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa dan pentadbiran baik untuk membolehkan kita kembali kepada asas prinsip perlembagaan.
“Kita perlu bekerjasama untuk menghapuskan semua undang-undang zalim dan perjanjian tidak adil yang melanggar hak asasi dijamin Perlembagaan Persekutuan,” jelas kenyataan itu selanjutnya.
Kepimpinan PAKATAN juga menyatakan kesungguhan melakukan yang terbaik dan bekerjasama sebagai rakyat Malaysia bagi membina negara bersatu, aman dan lebih baik. #sumber
"Pakatan Harapan" Tekad, Untuk Selamatkan Malaysia, Bina Negara Lebih Baik
Sekianlah artikel "Pakatan Harapan" Tekad, Untuk Selamatkan Malaysia, Bina Negara Lebih Baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca "Pakatan Harapan" Tekad, Untuk Selamatkan Malaysia, Bina Negara Lebih Baik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/pakatan-harapan-tekad-untuk-selamatkan.html
0 Response to ""Pakatan Harapan" Tekad, Untuk Selamatkan Malaysia, Bina Negara Lebih Baik"
Posting Komentar