Noh patut minta maaf bagi pihak Jamal, bukan sokong

Noh patut minta maaf bagi pihak Jamal, bukan sokong - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Noh patut minta maaf bagi pihak Jamal, bukan sokong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Noh patut minta maaf bagi pihak Jamal, bukan sokong
link : Noh patut minta maaf bagi pihak Jamal, bukan sokong

Baca juga


Noh patut minta maaf bagi pihak Jamal, bukan sokong

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM: Tindakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, yang juga berjawatan menteri menyokong Datuk Seri Jamal Md Yunus adalah tidak masuk akal dan amat dikesali.

Pengarah Komunikasi, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Naqib Nasaruddin berkata, sebagai seorang Islam, Noh sepatutnya lebih peka kepada sensitiviti agama dan masyarakat kerana van jenazah dan keranda bukan sesuatu yang boleh dipersendakan.

Katanya, respon Ahli Parlimen Tanjong Karang itu juga dilihat mengganggu kesejahteraan dan kemakmuran Selangor.

VAN JENAZAH

“Saya berasa amat kesal apabila Noh menyokong tindakan membawa van jenazah dan keranda berdemo di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) malah boleh menyifatkan tindakan itu bersesuaian.

“Adakah beliau begitu lemah untuk menegur salah laku Jamal sehingga terpaksa menyokong tindakan tidak bertanggungjawab itu,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Muhammad Naqib menggesa Noh memohon maaf bagi pihak Jamal diatas ketelanjurannya mempermainkan sensitiviti agama.

“Saya juga mencabar Umno Selangor untuk mengambil tindakan tegas terhadap Jamal,” katanya.

Semalam, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengumumkan siasatan awal mendapati terdapat unsur manipulasi dan mengambil kesempatan dilakukan Jamal terhadap pengurusan masjid.

Pihak Jamal didakwa menghubungi masjid untuk menyewa van jenazah bagi sesi penggambaran, kempen anti judi, pameran dan lain-lain.

“Tindakan individu tidak bertanggungjawab ini mencemar kemuliaan institusi masjid,” kata Haris.-nR



Noh patut minta maaf bagi pihak Jamal, bukan sokong

Sekianlah artikel Noh patut minta maaf bagi pihak Jamal, bukan sokong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Noh patut minta maaf bagi pihak Jamal, bukan sokong linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/noh-patut-minta-maaf-bagi-pihak-jamal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Noh patut minta maaf bagi pihak Jamal, bukan sokong"

Posting Komentar