Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu?

Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu?
link : Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu?

Baca juga


Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu?

Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu? Cadangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan menunjukkan Barisan Nasional “tiada harapan” untuk memenangi sokongan orang bukan Melayu, kata Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, ia juga merupakan pengakuan BN yang mereka takut kehilangan sokongan Melayu dan 10 kerusi dimenangi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu?  Pemimpin veteran itu berkata, ia tidak mengejutkan beliau yang pemimpin Umno begitu “terdesak mengenai prospek politik mereka di Pulau Pinang” sehinggakan mereka terfikir mahu menjadikan negeri itu sebagai Wilayah Persekutuan.

Cadangan itu mampu menghapuskan pilihan raya negeri, Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat dan ketua menteri.

“Menteri Wilayah Persekutuan, (Datuk Seri) Tengku Adnan Tengku Mansor semalam berusaha mewajarkan langkah tidak demokratik dan mundur itu dengan mendakwa cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan bertujuan memastikan pembangunan sama di Pulau Pinang, dan ia bukannya untuk memperluaskan kuasa ke atas negeri itu, sebaliknya untuk membantu orang Melayu.

“Ini adalah ruji politik penipuan dan kebencian Umno-BN,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Pulau Pinang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shang Wu, hari ini.

Minggu lalu, Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan menyuarakan cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan bagi membantu orang Melayu di negeri itu yang diketepikan kerajaan pakatan pembangkang.

Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu? 


Lim bagaimanapun menangkis dakwaan itu dengan berkata, DAP tidak pernah meminggirkan sebarang kaum dalam 51 tahun sejarah parti berkenaan yang mempunyai wakil rakyat terdiri daripada pelbagai kaum di Parlimen, malah ada pemimpin yang dipenjarakan demi mempertahankan kaum lain.

Beliau merujuk anaknya yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang pernah dipenjarakan beberapa tahun lalu.

“Adakah mana-mana pemimpin Umno mengorbankan kerjaya politik mereka demi kehormatan dan maruah orang Melayu atau Islam, apatah lagi melangkaui jurang kaum dan agama untuk mempertahankan hak serta maruah warganegara bukan Melayu atau bukan Islam,” katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu percaya orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak begitu mudah terpedaya dengan “pembohongan dan kebencian”.

Beliau berkata, lawatannya ke kawasan Melayu di Pulau Pinang seperti Kampung Tok Suboh dan Sungai Gelugor baru-baru ini mendapati orang Melayu tidak lagi terpedaya dengan “penipuan” DAP meminggirkan orang Melayu atau DAP kehilangan sokongan orang Melayu di negeri itu.

“Umno yang kehilangan sokongan Melayu di Pulau Pinang, manakala DAP, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia mendapat semakin banyak sokongan pengundi Melayu di negeri ini.

“Malah, cadangan Tengku Adnan adalah pengakuan Umno dan BN tidak mempunyai harapan untuk memenangi sokongan orang bukan Melayu dan berdepan prospek kehilangan lebih banyak sokongan Melayu dan kerusi Umno di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Lim berkata, Umno mempunyai 11 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang pada PRU 2008, tetapi hilang sebuah kerusi kepada PKR pada PRU 2013, dan hanya mempunyai 10 kerusi sekarang.

“Majoriti undi diperolehi 5 daripada 10 wakil Umno di sini berkurangan dan 4 yang lain menang dengan majoriti kurang daripada 1,000 undi.

Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu? 


“Mampukah mereka memenangi 9 kerusi marginal pada pilihan raya akan datang? Kita akan tahu pada pilihan raya umum kali ini.”

Beliau sependapat dengan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang Tengku Adnan silap pilih negeri untuk dijadikan Wilayah Persekutuan jika hasrat kerajaan pusat ialah mahu membantu orang Melayu.

“Beliau patut lihat Kelantan dan Terengganu – negeri termiskin di negara ini,” katanya yang mempersoalkan cadangan menjadi Wilayah Persekutuan adalah jaminan untuk mendapat pembangunan, beliau merujuk keadaan di Labuan.

“Beliau (Tengku Adnan) dakwa kerajaan persekutuan melabur lebih RM5 bilion sejak negeri itu diambil alih.

“Jelas sekali, Harris Salleh adalah orang yang bertanggungjawab menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan ketika menjadi ketua menteri Sabah pada 1984, tidak fikir begitu. Tahun lalu, baru Harris secara terbuka menggesa kerajaan persekutuan mengembalikan pulau itu kepada Sabah serta-merta.

“Harris berkata, beliau kecewa kerajaan pusat tidak menunaikan janji untuk menjadikan Labuan sebuah bandar berdaya maju dari segi ekonomi,” katanya.

Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu?  Sementara itu, ketua pembangkang merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga ahli Parlimen Pulau Pinang berkata, cadangan Tengku Adnan “tidak masuk akal”. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu?

Sekianlah artikel Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/menteri-mengaku-bn-hilang-sokongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Menteri Mengaku BN Hilang Sokongan Bukan Melayu?"

Posting Komentar