Madey BErlagak Sangat!!!!PAS ingatkan Mahathir... awak bukan PM lagi

Madey BErlagak Sangat!!!!PAS ingatkan Mahathir... awak bukan PM lagi - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Madey BErlagak Sangat!!!!PAS ingatkan Mahathir... awak bukan PM lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Madey BErlagak Sangat!!!!PAS ingatkan Mahathir... awak bukan PM lagi
link : Madey BErlagak Sangat!!!!PAS ingatkan Mahathir... awak bukan PM lagi

Baca juga


Madey BErlagak Sangat!!!!PAS ingatkan Mahathir... awak bukan PM lagi

Pemimpin PAS terus membelasah kenyataan biadap Tun Mahathir Mohamad yang memberi kata dua pada parti tersebut baru-baru ini.
Berlagak macam ketua de focto pembangkang, Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)cuba mengajar PAS bagaimana mahu menjadi parti pembangkang.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata Mahathir diminta untuk 'sedar' bahawa beliau bukan lagi perdana menteri sehingga boleh menentukan keputusan sesebuah parti.

Menurut beliau adalah tidak wajar untuk Mahathir  itu terus mendesak PAS berhubung isu penyertaan dalam Pakatan Harapan (PH).

"Apa locus standi dia untuk beri tempoh kepada sesiapa? Mungkin dia masih memikirkan bahawa dia masih lagi Perdana Menteri. Kita kena ingatkan dia bahawa dia bukan Perdana Menteri lagi, dia tak boleh beri tempoh kepada sesiapa," katanya ketika ditemui ketika Ceramah Pra-Himpunan 355 di Petaling Jaya malam Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir pada Sabtu lalu yang memberi tempoh sebulan kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai PH atau tidak.

Mahathir dipetik sebagai berkata, walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan PAS susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Feb lepas, keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.

Bekas perdana menteri itu juga menyatakan kekesalannya ekoran keengganan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertemu dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan soal kerjasama ini dengan lebih lanjut.

PAS pada ketika ini masih dalam proses rundigan bersama PPBM dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, namun ia belum lagi mencapai sebarang kata putus di mana kedua-dua parti masih meneliti deraf kerjasama mereka.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, PAS perlu mempertahankan prinsip parti dan teliti dalam sebarang keputusan khususnya membabitkan rundingan bersama parti lain kerana tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'.  

"Kita perlu tegas dari segi prinsip kita, dan kita tak mahu dikhianati seperti sebelum ini. Kita memang tegas, tapi pilihan raya masih lama lagi...boleh berlaku perbincangan selepas ini. Kita tunggu dan lihat," ujarnya.


Madey BErlagak Sangat!!!!PAS ingatkan Mahathir... awak bukan PM lagi

Sekianlah artikel Madey BErlagak Sangat!!!!PAS ingatkan Mahathir... awak bukan PM lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Madey BErlagak Sangat!!!!PAS ingatkan Mahathir... awak bukan PM lagi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/madey-berlagak-sangatpas-ingatkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Madey BErlagak Sangat!!!!PAS ingatkan Mahathir... awak bukan PM lagi"

Posting Komentar