Judul : KPN: Polis Akan Siasat Bagaimana "Agen Saraf VX", Di Bawa Masuk !
link : KPN: Polis Akan Siasat Bagaimana "Agen Saraf VX", Di Bawa Masuk !
KPN: Polis Akan Siasat Bagaimana "Agen Saraf VX", Di Bawa Masuk !
SEPANG: Polis sedang menyiasat bahan kimia Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau Agen Saraf VX yang digunakan untuk membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, dibawa masuk ke negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ini kerana bahan berkenaan dilarang dibawa masuk ke Malaysia.
Bahan kimia itu disenaraikan sebagai senjata kimia dalam Jadual I, Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia 1997.
“Kalau (bawa) masuk dalam jumlah kecil, susah kita nak kesan. Siasatan akan turut dijalankan di lokasi kejadian pembunuhan bagi mengenal pasti sekiranya masih terdapat kesan radioaktif bahan itu.
“Saya tidak cakap ini adalah perbuatan kerajaan Korea Utara (pembunuhan Jong-nam), biar kami jalankan siasatan dahulu,” katanya.
Gas VX merupakan salah satu agen saraf yang paling terkenal dan toksik dalam agen saraf siri-V.
Agen saraf merupakan bahan kimia yang paling beracun dan cepat bertindak di antara bahan kimia yang digunakan dalam peperangan kimia.
Nama kimia gas VX ialah O-ethyl-S-[2(diisopropylamino)ethyl] methylphosphonothiolate dan formula molekulnya ialah C11H26NO2PS. #sumber
KPN: Polis Akan Siasat Bagaimana "Agen Saraf VX", Di Bawa Masuk !
Sekianlah artikel KPN: Polis Akan Siasat Bagaimana "Agen Saraf VX", Di Bawa Masuk ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca KPN: Polis Akan Siasat Bagaimana "Agen Saraf VX", Di Bawa Masuk ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/kpn-polis-akan-siasat-bagaimana-agen.html
0 Response to "KPN: Polis Akan Siasat Bagaimana "Agen Saraf VX", Di Bawa Masuk !"
Posting Komentar