"Kalah & Menang" Adat Berpolitik; Tidak Perlu Merajuk, Keluar Parti !

"Kalah & Menang" Adat Berpolitik; Tidak Perlu Merajuk, Keluar Parti ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Kalah & Menang" Adat Berpolitik; Tidak Perlu Merajuk, Keluar Parti !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Kalah & Menang" Adat Berpolitik; Tidak Perlu Merajuk, Keluar Parti !
link : "Kalah & Menang" Adat Berpolitik; Tidak Perlu Merajuk, Keluar Parti !

Baca juga


"Kalah & Menang" Adat Berpolitik; Tidak Perlu Merajuk, Keluar Parti !


MENTAKAB: Perjuangan DAP menjadi sebuah parti untuk rakyat Malaysia tidak tersasar dari landasan malah semakin maju ke hadapan tegas Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Ia dibuktikan apabila semakin ramai masyarakat berbilang kaum negara ini khususnya dari kaum Melayu menyertai DAP kata beliau mengulas peletakan jawatan empat wakil rakyat DAP Melaka kelmarin.
Menurut Tengku Zul, usaha bersungguh-sungguh parti melawan dari persepsi negatif yang sering dijaja Umno sebagai ‘parti Cina’, ‘rasis’ dan sebagainya itu haruslah dipuji.
“Jika lapan tahun sebelum ini DAP dimomok sebagai ‘parti Cina’, dan masa itu bila sebut DAP sahaja maka akan terbayang wajah-wajah ‘Cina’.
“Sedangkan dalam perlembagaan DAP tidak menyebut hanya orang Cina atau India, atau orang bukan Islam sahaja berhak menjadi ahli DAP,” jelas Adun Mentakab itu.
“Bagi saya inilah sikap yang perlu dipuji kepada pemimpin yang meneraju DAP pada masa kini di bawah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guang Eng dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat,” katanya.
Keterbukaan DAP dan Pakatan Harapan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga tidak boleh menjadi alasan DAP telah tersasar dari perjuangan sebenar.
“Berkenaan DAP bekerjasama dengan PPBM yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir serta lain-lain sangatlah dialu-alukan demi menyelamatkan Pahang dan Malaysia daripada salahguna kuasa, rasuah, kleptrokasi dan sebagainya.
“Dalam politik, tiada yang kekal, mungkin hari ini dia kawan, tapi mungkin esok jadi lawan. Begitu juga dulu dia lawan kini tapi kini mungkin jadi kawan dan kita sama-sama kita berjuang untuk selamatkan Malaysia,” katanya.
Kalah dalam pemilihan parti juga tidak wajar menjadi penyebab kepada seseorang pemimpin atau wakil rakyat untuk keluar parti.
Tengku Zul berkata, kalah atau menang dalam pemilihan adalah perkara biasa dan sudah menjadi adat dalam pertandingan.
“Saya sendiri pernah menjadi Pengerusi DAP Pahang dan kemudian bertukar kepada pemimpin. Ini terpulang kepada keputusan demokratik yang dibuat ahli-ahli lah.
“Mungkin kita kalah sebab ahli tak berminat dengan cara atau konsep yang kita bawa. Kita perlu terima. Sekurang-kurangnya mereka yang menang pula diberi peluang untuk tunjukkan bakat atau kebolehan demi kebaikan parti.
“Bukan dengan menjatuhkan atau kecam kawan-kawan apabila kita tak terpilih,” ujarnya lagi. #sumber


"Kalah & Menang" Adat Berpolitik; Tidak Perlu Merajuk, Keluar Parti !

Sekianlah artikel "Kalah & Menang" Adat Berpolitik; Tidak Perlu Merajuk, Keluar Parti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Kalah & Menang" Adat Berpolitik; Tidak Perlu Merajuk, Keluar Parti ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/kalah-menang-adat-berpolitik-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Kalah & Menang" Adat Berpolitik; Tidak Perlu Merajuk, Keluar Parti !"

Posting Komentar