Judul : Isu Bauksit Akan "Di Bincangkan" Dalam "Mesyuarat Exco" Pahang Esok
link : Isu Bauksit Akan "Di Bincangkan" Dalam "Mesyuarat Exco" Pahang Esok
Isu Bauksit Akan "Di Bincangkan" Dalam "Mesyuarat Exco" Pahang Esok
KUANTAN: Isu berkaitan perlombongan bauksit dijangka akan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Negeri Pahang esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Datuk Shahaniza Shamsuddin.
Beliau berkata antara perkara yang diberikan tumpuan termasuk tindakan yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian lemas melibatkan 3 kanak-kanak di bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di sini, daripada berulang pada masa depan.
Shahaniza berkata maklumat awal juga mengesahkan lombong itu, yang ditinggalkan selepas tempoh moratorium berkuat kuasa awal tahun lalu, beroperasi secara haram kerana permit yang dimohon ialah untuk mengeluarkan laterit.
“Lombong itu haram dan PTG (Pejabat Tanah dan Galian) pernah mengambil tindakan termasuk menyita jentera di situ. Kami masih menunggu laporan rasmi PTG berhubung pemilik atau syarikat itu,” katanya.
Shahaniza berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, seorang daripada 3 kanak-kanak yang lemas di lombong bauksit pada Sabtu lalu, di Kampung Sungai Karang Darat di sini hari ini.
Beliau juga menyampaikan sumbangan daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kepada ibu Nureen Ain Juwita, Nor Habibah Aidil, 50.
Dalam kejadian pada 5 petang Sabtu lalu, Nureen Ain Juwita, 10, dan 2 kawannya yang juga adik beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan Mahathir Mohamad Zuhairi, 7, ditemui lemas di bekas lombong bauksit berhampiran rumah mereka.
Ditanya sama ada kerajaan negeri Pahang akan mengeluarkan arahan supaya bekas lombong bauksit ditimbus, seperti yang dititahkan pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini, Shahaniza berkata perkara itu sememangnya ditetapkan sebagai peraturan sebelum ini.
Tengku Abdullah ketika menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada malam kejadian meminta semua kawasan bekas lombong bauksit ditimbus semula dan dipagar dengan segera untuk mengelak kejadian yang sama.
Baginda turut mengulanginya selepas menyedari masih belum ada sebarang tindakan dilakukan pihak yang bertanggungjawab walaupun diarahkan berbuat demikian.
Dalam masa yang sama Shahaniza berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar kaunselor bagi menenangkan Nor Habibah selepas tragedi yang mengorbankan anak bongsunya, yang juga anak perempuan tunggalnya.
“Kita juga akan melihat bantuan lain yang boleh diberikan. Nureen Ain Juwita mempunyai 3 abang yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU). Setakat ini, seorang daripada mereka sudah mendapat bantuan,” katanya.
Beliau juga menasihatkan ibu bapa dan masyarakat untuk lebih prihatin dengan keberadaan anak-anak.
“Masyarakat juga dinasihatkan untuk tampil dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada lombong yang boleh mendatangkan bahaya. Jangan biarkan atau hanya bergantung kepada pihak berkuasa atau menunggu berlaku tragedi,” katanya. #sumber
Isu Bauksit Akan "Di Bincangkan" Dalam "Mesyuarat Exco" Pahang Esok
Sekianlah artikel Isu Bauksit Akan "Di Bincangkan" Dalam "Mesyuarat Exco" Pahang Esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Isu Bauksit Akan "Di Bincangkan" Dalam "Mesyuarat Exco" Pahang Esok linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/isu-bauksit-akan-di-bincangkan-dalam.html
0 Response to "Isu Bauksit Akan "Di Bincangkan" Dalam "Mesyuarat Exco" Pahang Esok"
Posting Komentar