Ibu "Mangsa Lemas", Nureen Ain Trauma Lihat Kawasan Lombong Bauksit

Ibu "Mangsa Lemas", Nureen Ain Trauma Lihat Kawasan Lombong Bauksit - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu "Mangsa Lemas", Nureen Ain Trauma Lihat Kawasan Lombong Bauksit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu "Mangsa Lemas", Nureen Ain Trauma Lihat Kawasan Lombong Bauksit
link : Ibu "Mangsa Lemas", Nureen Ain Trauma Lihat Kawasan Lombong Bauksit

Baca juga


Ibu "Mangsa Lemas", Nureen Ain Trauma Lihat Kawasan Lombong Bauksit


KUANTAN: Ibu kepada mangsa lemas di lombong bauksit di sini, Nor Habibah Aidil tidak pernah mengetahui kewujudan 'kolam' di lombong bauksit berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Karang Darat di sini.

Nor Habibah, 50, berkata hampir setiap hari dia melalui kawasan itu dan pada pemerhatiannya, terdapat timbunan tanah di situ yang diketahuinya 'kawasan perlombongan bauskit'.

Sehingga kini, katanya, dia masih tidak boleh melihat lombong bauksit Taman Sungai Karang Jaya itu kerana masih terbayangkan keadaan anak perempuan tunggalnya, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, yang lemas di situ.

"Saya juga tidak melihat gambar berkaitan kejadian menimpa Ain (panggilan Nureen Ain) yang dikongsi saudara mara. Saya memang tidak sangka lombong bauksit yang saya lihat setiap hari akhirnya meragut nyawa anak," katanya.

Nor Habibah berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin di rumahnya di sini, Selasa.

Pada 5 petang Sabtu lalu, Nureen Ain Juwita dan dua rakannya yang merupakan pasangan adik-beradik, Salsabila Zuhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, ditemui lemas di lombong bauksit itu.

Nor Habibah menambah sejak kejadian itu, dirinya berasa kosong dan rumahnya juga lebih sunyi kerana arwah seorang anak yang ceria, mudah bercerita dan tidak suka memarahi orang.

"Dia satu-satunya anak perempuan saya. Saya terasa kehilangannya... tapi saya perlu reda," katanya yang mempunyai enam orang anak termasuk tiga Orang Kelainan Upaya (OKU).
Mengulas mengenai keputusan ayahnya Aidil Omar, 78, yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menjalankan perlombongan bauksit di sini, Nor Habibah berkata dia menyokong tindakan itu.

Setakat ini, katanya, dia masih tidak mengetahui perincian saman itu dan meletakkan kepercayaan kepada ayahnya untuk menguruskan perkara itu.

"Ayah sangat sayangkan Ain...saya tahu beliau sukar untuk terima kejadian ke atas cucunya. Mungkin sebab itu beliau mahu ambil tindakan saman," katanya. #sumber



Ibu "Mangsa Lemas", Nureen Ain Trauma Lihat Kawasan Lombong Bauksit

Sekianlah artikel Ibu "Mangsa Lemas", Nureen Ain Trauma Lihat Kawasan Lombong Bauksit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ibu "Mangsa Lemas", Nureen Ain Trauma Lihat Kawasan Lombong Bauksit linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/ibu-mangsa-lemas-nureen-ain-trauma.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu "Mangsa Lemas", Nureen Ain Trauma Lihat Kawasan Lombong Bauksit"

Posting Komentar