Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk DAP, Amanah

Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk DAP, Amanah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk DAP, Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk DAP, Amanah
link : Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk DAP, Amanah

Baca juga


Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk DAP, Amanah


KUALA LUMPUR: PAS mengesahkan pihaknya menghantar jemputan kepada semua parti terutamanya ahli Parlimen termasuk DAP dan Amanah untuk menghadiri “Himpunan RUU 355” bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Timbalan Presiden PAS, DatukTuan Ibrahim Tuan Man berkata terpulang kepada mereka untuk hadir atau sebaliknya.
“Kita sudah buat jemputan kepada semua parti terutamanya semua ahli Parlimen.
“Malah kita juga tidak meletakkan syarat kepada mana-mana parti untuk membuat pengesahan kehadiran dan kita tunggulah sama ada mereka hadir atau tidak esok,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri mesyuarat bulanan PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm), hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya berharap himpunan yang akan berlangsung di Padang Merbok esok mencapai sasaran kehadiran 200,000 peserta.
“Terima kasih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana meluluskan lokasi perhimpunan, begitu juga polis yang memberi permit. Kami yakin himpunan ini akan mencapai sasaran dan menjadi bukti jelas yang ia mendapat sokongan pelbagai kaum dan agama,” katanya.
Selain ceramah daripada agamawan dan pemimpin PAS, ia turut menyajikan program hiburan Islamik.
PAS sekali lagi meneruskan kebiasaannya juga menampilkan selebriti tanah air yang pernah popular satu masa dulu.
Menurut atur cara yang disiarkan di beberapa laman Facebook parti itu, program yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang hingga 11 malam akan diacarakan pelawak Wahid Senario, serta persembahan kumpulan nasyid Nowseeheart dan Shoutul Amal. #sumber


Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk DAP, Amanah

Sekianlah artikel Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk DAP, Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk DAP, Amanah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/himpunan-ruu-355-pas-jemput-semua-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Himpunan RUU 355: PAS Jemput Semua Parti Termasuk DAP, Amanah"

Posting Komentar