Himpunan RUU 355: DBKL Benar PAS "Gunakan" Padang Merbok !

Himpunan RUU 355: DBKL Benar PAS "Gunakan" Padang Merbok ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Himpunan RUU 355: DBKL Benar PAS "Gunakan" Padang Merbok !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Himpunan RUU 355: DBKL Benar PAS "Gunakan" Padang Merbok !
link : Himpunan RUU 355: DBKL Benar PAS "Gunakan" Padang Merbok !

Baca juga


Himpunan RUU 355: DBKL Benar PAS "Gunakan" Padang Merbok !

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada PAS mengadakan perhimpunan RUU 355 di Padang Merbok, pada 18 Februari ini.
Persetujuan itu diumumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini.
“Permohonan ini dipersetujui memandangkan Taman Tasik Titiwangsa terlibat dengan kerja naik taraf untuk (projek) ‘River of Life’ yang tidak membenarkan sebarang aktiviti besar diadakan.
“DBKL tiada masalah dengan permohonan pihak penganjur untuk menggunakan Padang Merbok sebagai tempat perhimpunan, (asalkan) mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.
Keputusan ini berbeza dengan pendirian DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada bulan lalu yang bertegas tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka dan Padang Merbok, sebaliknya mencadangkan PAS berhimpun di Stadium Titiwangsa.
PAS bagaimanapun menggesa DBKL mempertimbangkan permohonan mereka menggunakan Dataran Merdeka, dengan menyasarkan kira-kira 300,000 orang hadir menyokong usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ekoran perkembangan terbaru ini, penganjur himpunan balas ‘Rakyat Malaysia tolak RUU Hadi’ yang pada mulanya memilih Padang Merbok sebagai lokasi perhimpunan akan berpindah ke Padang Timur di Dataran Petaling Jaya, berhampiran pusat beli-belah Amcorp Mall, pada hari sama.
Badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Bebas itu terkejut dengan keputusan DBKL memberi kelulusan kepada PAS untuk menggunakan lokasi asal mereka berhimpun.
“Ia menunjukkan keinginan PAS untuk mencetuskan kekecohan dan menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang ingin menyuarakan bantahan mereka terhadap RUU 355 secara aman.
“Memandangkan Bebas tidak berminat berkonfrontasi dengan PAS, kami memutuskan berpindah ke lokasi lain. Kami sudah maklumkan kepada polis, seperti diperuntukkan undang-undang,” kata ahli NGO itu, Azrul Mohd Khalib dalam kenyataan hari ini. #sumber


Himpunan RUU 355: DBKL Benar PAS "Gunakan" Padang Merbok !

Sekianlah artikel Himpunan RUU 355: DBKL Benar PAS "Gunakan" Padang Merbok ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Himpunan RUU 355: DBKL Benar PAS "Gunakan" Padang Merbok ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/himpunan-ruu-355-dbkl-benar-pas-gunakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Himpunan RUU 355: DBKL Benar PAS "Gunakan" Padang Merbok !"

Posting Komentar