Judul : Blogger Ini Bakal Disaman
link : Blogger Ini Bakal Disaman
Blogger Ini Bakal Disaman
Blogger Ini Bakal Disaman. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik blog omakkau.blogspot.my berhubung fitnah kononnya beliau menyembah ayam dalam satu paparan video satira sempena Tahun Baru Cina.
Mengakui dirinya tidak asing dengan fitnah dan putar belit, beliau berkata, tindakan mahkamah tetap akan diambil walaupun pemilik blog itu didapati telah mengeluarkan 'posting' dakwaan terbabit.
"Bila dia (pemilik blog Omakkau) keluar tuduhan sembah itu, sebenarnya semua terlibat dalam video itu kena. Dalam video itu ada YB Rafizi dan ramai lagi. Ini satu corak politik yang melampau dan saya berasa bertanggungjawab untuk menentukan corak politik sebegini tidak lagi diamalkan," ujarnya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.
Blogger Ini Bakal Disaman
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu memberitahu, beliau sebelum ini pernah memenangi kes saman fitnah ke atas bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar yang menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad. - md
Iklan
Blogger Ini Bakal Disaman
Sekianlah artikel Blogger Ini Bakal Disaman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Blogger Ini Bakal Disaman linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/blogger-ini-bakal-disaman.html
0 Response to "Blogger Ini Bakal Disaman"
Posting Komentar