Judul : Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS
link : Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS
Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS
Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS. PAS berkata ia memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana beranggapan parti Melayu itu masih boleh diharapkan berbanding dengan pihak lain yang “anti Islam”.
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menyifatkan pendekatan PAS terhadap Umno itu adalah selari dengan “politik matang” yang diajar Nabi Muhammad.
Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS. “Kita memilih antara 2 kemudaratan – bertaawun dengan orang Islam yang zalim atau bertahaluf dengan orang bukan Islam yang keras sikapnya terhadap Islam,” tulis Hashim dalam kenyataan diterbitkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily, Sabtu lalu.
Hashim berkata PAS masih tidak akan berkompromi dengan apa yang dipanggilnya “semua bentuk kezaliman dan penyelewengan Umno/BN”.
“Tetapi kita harus mengakui mereka adalah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 juga.
Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS
“Berbanding dengan DAP yang mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha menegakkan Islam,” tambahnya, merujuk sokongan Umno terhadap usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi memberikan kuasa menghukum pesalah Islam.
Sejak muktamar tahunannya pada 2015 yang menyaksikan kekalahan pemimpin yang mahu meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat, PAS dilihat mengambil pendekatan lebih mesra terhadap Umno di bawah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas mursyidul am, Datuk Haron Din, yang meninggal dunia September lepas.
Yang terkini, PAS turut sama dengan Umno melancarkan kapal dimuatkan bantuan untuk penduduk Rohingya dalam majlis yang dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS
Parti itu sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan beberapa parti pembangkang, dan masih belum membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Hashim berkata PAS yakin Umno akan melahirkan pejuang Islam, sambil merujuk sejarah awal Islam yang menyaksikan pembelotan beberapa pemimpin yang menentang Nabi.
Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS. “Seperti Nabi SAW mengharapkan lahirnya pejuangan-pejuang Islam dari sulbi penduduk Taif, PAS juga mengharapkan lahirnya penyokong-penyokong Islam dari sulbi Umno,” katanya. - fmt
Iklan
Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS
Sekianlah artikel Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/berita-mengejutkan-dan-menggemparkan.html
0 Response to "Berita Mengejutkan Dan Menggemparkan Dari PAS"
Posting Komentar