Judul : Bekas Pegawai Khas Menteri 'Nafi' Ada Menerima Rasuah RM80,000 !
link : Bekas Pegawai Khas Menteri 'Nafi' Ada Menerima Rasuah RM80,000 !
Bekas Pegawai Khas Menteri 'Nafi' Ada Menerima Rasuah RM80,000 !
SHAH ALAM: Seorang bekas Pegawai Khas kepada seorang Menteri Kabinet dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada seorang kontraktor, tiga tahun lepas.
Zailan Jauhari, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
smadi membenarkan Zailan dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb ini untuk sebutan semula kes.
Hakim turut memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin minggu pertama setiap bulan.
Tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai RM20,000 dan cek bernilai RM60,000 sebagai upah kerana membantu dua syarikat mendapatkan tender bagi kerja pembersihan sekolah dalam daerah Kuala Selangor.
Zailan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Kuala Selangor, antara 7.30 malam dan 8 malam, pada 8 Jan 2014. #sumber
Bekas Pegawai Khas Menteri 'Nafi' Ada Menerima Rasuah RM80,000 !
Sekianlah artikel Bekas Pegawai Khas Menteri 'Nafi' Ada Menerima Rasuah RM80,000 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Bekas Pegawai Khas Menteri 'Nafi' Ada Menerima Rasuah RM80,000 ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/bekas-pegawai-khas-menteri-nafi-ada.html
0 Response to "Bekas Pegawai Khas Menteri 'Nafi' Ada Menerima Rasuah RM80,000 !"
Posting Komentar