Judul : Bangunan "Asrama Perempuan" Sekolah Menengah Agama Maran Terbakar
link : Bangunan "Asrama Perempuan" Sekolah Menengah Agama Maran Terbakar
Bangunan "Asrama Perempuan" Sekolah Menengah Agama Maran Terbakar
MARAN: Bangunan asrama perempuan Sekolah Menengah Agama Maran di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Kejadian 6.35 pagi itu disedari seorang guru yang sedang mengajar kelas Tahfiz di surau sekolah berkenaan.
Pengetua, Samsuri Shamsudi, berkata ketika kejadian penghuni asrama berkenaan berada di perhimpunan, sebahagian lagi sedang mengikuti kelas tahfiz.
“Bangunan asrama yang menempatkan 66 pelajar perempuan itu, musnah sepenuhnya.
“Buat masa ini saya mengarahkan pelajar yang terbabit pulang kerana kami tiada bangunan lain untuk menempatkan mereka. Tambahan pula pakaian dan barangan mereka juga musah," katanya.
Menurutnya, sekolah berkenaan mempunyai empat blok asrama bagi menempatkan 334 pelajar.
Sementara itu Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Rizun Abdul Manaf, berkata pihaknya bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran dan Temerloh dengan 19 anggota bergegas ke tempat kejadian.
"Api marak cepat kerana bangunan asrama itu diperbuat dari kayu dan kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal api," katanya. #sumber
Bangunan "Asrama Perempuan" Sekolah Menengah Agama Maran Terbakar
Sekianlah artikel Bangunan "Asrama Perempuan" Sekolah Menengah Agama Maran Terbakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Bangunan "Asrama Perempuan" Sekolah Menengah Agama Maran Terbakar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/bangunan-asrama-perempuan-sekolah.html
0 Response to "Bangunan "Asrama Perempuan" Sekolah Menengah Agama Maran Terbakar"
Posting Komentar