Kejutan Buat Umno Dan PAS

Kejutan Buat Umno Dan PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejutan Buat Umno Dan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejutan Buat Umno Dan PAS
link : Kejutan Buat Umno Dan PAS

Baca juga


Kejutan Buat Umno Dan PAS

Kejutan Buat Umno Dan PAS. Presiden Amanah, Mohamad Sabu bimbang gejala melampau yang mengkafirkan orang lain merebak ke negara ini.

"Apa yang lebih dibimbangi juga ialah merebaknya pemikiran takfiri yang melanda sebahagian dunia Islam yang tempiasnya sampai ke negara kita.

"Golongan ini dengan mudah mengaitkan perbezaan feqah politik dengan persoalan aqidah sehingga menghukum pihak yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat, munafiq, musuh Islam, dan seumpamanya," ujarnya dalam Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam pagi ini. 

Kejutan Buat Umno Dan PAS. Sehubungan itu, beliau menegaskan Amanah bersedia menjadi benteng yang akan menghalang sebarang bentuk kebencian kaum atau agama dari terus dijadikan agenda politik di kalangan rakyat.

"Amanah menegaskan bahawa politik di Malaysia mestilah menolak sebarang bentuk unsur pelampau dan keganasan, sama ada atas nama kaum, mahupun agama," ujarnya.

Beliau berkata, negara yang diimpikan adalah negara melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik, selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan dan ketelusan.

"Kita mengimpikan sebuah negara di mana seluruh segmen warganegara dapat digembleng potensi, keupayaan dan kepakaran mereka, bagi membina sebuah masyarakat yang menyantuni nilai-nilai kesederhanaan, keterbukaan, demokratik, hormat menghormati, bersatu padu dan berdaya maju sesuai dengan perlembagaan persekutuan," tambahnya lagi.

Kejutan Buat Umno Dan PAS


Turut hadir dalam konvensyen sulung Amanah ini adalah Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim; Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Sasterawan Negara, A. Samad Said selain wakil diplomat asing.

'Najib kadang-kadang tidak tahu dia PM'

Datuk Seri Najib Razak dilihat keliru dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri berhubung pendekatannya dalam menuntut keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.

Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, pemimpin negara itu harus menggunakan kuasanya yang lebih wajar berbanding sekadar himpunan.

"PM juga bertindak ajak demo sedangkan dia pimpinan kerajaan.

"Dia boleh panggil duta Myanmar atau mengusir diplomat kerajaan Myanmar atau paling tinggi, panggil sidang OIC.

"Turun tunjuk perasaan itu kerja aku. Dia tak tahu kadang-kadang dia PM ke atau tidak," bidasnya diikuti tepukan dan ketawa perwakilan yang memenuhi dewan SACC di Shah Alam hari ini.

Beliau yang menyampaikan pidatonya dalam Konvensyen Nasional Amanah juga menyifatkan hal berkaitan diplomatik bukan melalui jalan raya.

"Berucap (Himpunan Solidariti Rohingya) sikit-sikit takbir, sekarang semua takbir dah. Inilah kita lihat, nak kata tak cerdik, cerdik.

"Kalau tak cerdik, bagaimana boleh sembunyikan wang. Hal diplomatik ajak turun ke jalan raya. 'Kawannya' pun serupa juga," sindirnya merujuk kepada Pas.

Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu turut secara sinis menggambarkan gejala rasuah yang membarah di negara ini.

"Buka Pejabat Pengarah Bekalan Air Sabah ada berjuta wang. Buka Seri Perdana ada 24 lori wang tunai," bidasnya lagi.

Sempena konvensyen sulung parti berusia setahun itu, Amanah bakal membentangkan lima tawarannya kepada rakyat Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Turut hadir dalam konvensyen ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir serta wakil diplomat asing.

Amanah sedia calonkan Orang Asli untuk PRU14

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan kesediaannya mencalonkan Orang Asli pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, Orang Asli mempunyai pemimpin yang berketrampilan untuk memperjuangkan hak masyarakat itu secara lebih berkesan.

"Parti Amanah bersedia menerima Orang Asli sebagai calon pilihan raya bukan saja di Kelantan bahkan di seluruh negara.

"Ramai Orang Asli yang berpotensi yang tidak diketengahkan sebelum ini," ujarnya ketika menyampaikan pidato dalam konvensyen sulung parti tersebut di Shah Alam hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menekankan tentang pentingnya prinsip kerjasama di antara parti dalam Pakatan Harapan yang tidak terhenti pada pilihan raya sahaja.

Kejutan Buat Umno Dan PAS


"Kita mahu Pakatan Harapan bekerjasama sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

"Jangan selepas pilihan raya, bekerjasama dengan pihak lain. Tidak. Tidak," tegasnya.

Mohamad juga mengucapkan penghargaan terhadap perjuangan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang dikenakan hukuman di bawah Sosma.

"Amanah menyokong semua tuntutan Bersih. Sosma janji mulanya untuk pengganas rupanya ketua pengganas, Maria Chin.

"Dulu sama juga' ISA, tangkap komunis tapi yang kena tangkap saya," ujarnya dengan nada berseloroh kepada Dr Mahathir yang turut hadir pagi ini.

Mengulas lanjut, Mohamad menyifatkan tiada kawan atau musuh yang kekal dalam politik.

"Mana nak sangka Tun Mahathir boleh bersama kita pada hari ini. Mana nak sangka orang yang disanjung berada di sebelah sana.

"Sekarang (Pas) dengan suami lain. Cemburu saya," katanya sekali lagi berseloroh dipercayai merujuk kepada Pas.

Kejutan Buat Umno Dan PAS. Selain Tun Mahathir, tetamu khas konvensyen sulung Amanah pagi ini adalah Penasihat merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang dan Naib Presiden PRK Nurul Izzah.

Turut hadir Datuk Husam Musa, Rafizi Ramli, Datuk Kamarudin Jaafar , Nik Nazmi Nik Ahmad , Datuk Zaid Ibrahim dan Xavier. - md



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






Kejutan Buat Umno Dan PAS

Sekianlah artikel Kejutan Buat Umno Dan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kejutan Buat Umno Dan PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/kejutan-buat-umno-dan-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kejutan Buat Umno Dan PAS"

Posting Komentar