Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan....Azmin Malu Lah Tu

Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan....Azmin Malu Lah Tu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan....Azmin Malu Lah Tu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan....Azmin Malu Lah Tu
link : Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan....Azmin Malu Lah Tu

Baca juga


Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan....Azmin Malu Lah Tu

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mendedahkan nama menteri kanan yang didakwa akan meletakkan jawatan berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kononnya, Azmin mengambil tindakan itu kerana menghormati 'perjanjian sulit' yang dibuat dengan menteri yang didakwa itu.

"Saya tak menamakan sesiapa. Saya tak akan menamakan pimpinan tersebut kerana sebagai menghormati perbincangan sulit antara saya dengan individu berkenaan.

"Dan saya faham jika nama ini didedahkan Malaysia menjalankan sistem yang akan ugut, tekan orang berkenaan. Jadi saya tak akan menamakan (menteri berkenaan)," katanya kepada media selepas hadir ke Majlis Pelancaran Buku Pembina Fikrah Perjuangan oleh Dr Syed Husin Ali di Hotel Empire Subang, petang tadi.

Azmin juga diasak perincian perbincangan sulit tersebut oleh wartawan namun tetap enggan mendedahkan lebih lanjut.

"Beliau jaga salah satu portfolio yang diputuskan oleh PM.

"Bertemulah, bila mata bertemu jatuh ke hati," katanya secara sinis kepada pemberita.

Azmin juga tidak memberi sebarang jawapan apabila menteri yang dimaksudkan itu adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman.

"Saya tidak buat kenyataan tetapi hanya buat soalan," ujarnya ringkas.

Semalam, Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri kanan telah meletak jawatan.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor tersebut selain meminta Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan.

Dalam pada itu Azmin memaklumkan keadaan ibunya semakin tenat selepas diserang strok buat kali kedua pada hari ini.

"Hari ini sekitar jam 12 tengah hari beliau diserang strok kali kedua dan keadaan lebih serius. Doktor bertemu dengan keluarga petang ini dan menyatakan keadaan ibu kritikal. Kita mendoakan keadaannya dan moga Allah SWT permudahkan," ujar Azmin.


Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan....Azmin Malu Lah Tu

Sekianlah artikel Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan....Azmin Malu Lah Tu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan....Azmin Malu Lah Tu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/azmin-masih-enggan-dedah-nama-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan....Azmin Malu Lah Tu"

Posting Komentar