Asyik tuding jari parti lain, DAP gagal jaga rumah sendiri, kata Hishammuddin

Asyik tuding jari parti lain, DAP gagal jaga rumah sendiri, kata Hishammuddin - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Asyik tuding jari parti lain, DAP gagal jaga rumah sendiri, kata Hishammuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Asyik tuding jari parti lain, DAP gagal jaga rumah sendiri, kata Hishammuddin
link : Asyik tuding jari parti lain, DAP gagal jaga rumah sendiri, kata Hishammuddin

Baca juga


Asyik tuding jari parti lain, DAP gagal jaga rumah sendiri, kata Hishammuddin

DAP disaran supaya lebih menjaga hal-ehwal dalaman parti berkenaan daripada terus memburukkan parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sikap DAP yang gemar memburukkan BN dan Umno akhirnya memakan diri apabila parti itu mula berpecah belah dengan ahlinya meninggalkan mereka.
"Sebab itu jangan tuduh dan bawa politik yang tidak membina dalam menghantui pemikiran rakyat terhadap BN dan Umno. DAP asyik hendak tuding jari kepada rumah kita tetapi rumah tangga mereka sendiri pun tidak terjaga dan terkawal," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hak milik FELCRA Sungai Jebong, Mukim Kahang kepada 333 pemohon di Rumah Komuniti Parlimen Sembrong, dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Sembrong mengulas tindakan empat bekas pemimpin DAP Melaka yang mengumumkan keputusan keluar parti, sekali gus mengakibatkan parti berkenaan dilanda krisis.
Mereka adalah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Goh Leong San (Duyong); Lim Jak Wong (Bachang) serta Chin Choong Seong (Kesidang). Sementara itu, Mohamed Khaled mengalu-alukan peletakan jawatan ahli DAP terbabit dan berharap lebih ramai lagi anggota parti berkenaan mengikuti jejak langkah berkenaan.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor percaya tindakan empat wakil rakyat berkenaan kerana mereka memahami realiti sebenar DAP ketika ini.
"Saya percaya mereka sudah faham dan dapat lihat DAP sudah berubah. Apa yang berlaku, parti itu dan parti bunga (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) hanya mahu mempergunakan antara satu sama lain untuk satu tujuan iaitu menjatuhkan BN.
"Ini bermakna, suatu hari nanti mereka akan berpisah balik, ia tidak lebih seperti perkahwinan yang tidak kekal untuk satu matlamat dan ahli DAP mula memahami hakikat itu," katanya.


Asyik tuding jari parti lain, DAP gagal jaga rumah sendiri, kata Hishammuddin

Sekianlah artikel Asyik tuding jari parti lain, DAP gagal jaga rumah sendiri, kata Hishammuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Asyik tuding jari parti lain, DAP gagal jaga rumah sendiri, kata Hishammuddin linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/asyik-tuding-jari-parti-lain-dap-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Asyik tuding jari parti lain, DAP gagal jaga rumah sendiri, kata Hishammuddin"

Posting Komentar