Judul : *Pakatan Harapan berhentilah kelirukan rakyat*
link : *Pakatan Harapan berhentilah kelirukan rakyat*
*Pakatan Harapan berhentilah kelirukan rakyat*
*Apa yang dapat saya lihat kini, Pakatan Harapan sudah mula bermain dengan sentimen emosi rakyat untuk menyemai perasaan benci terhadap kerajaan.*
*Seperti yang dilakukan oleh Akmal Nasir yang menghasut rakyat Johor mengenai isu Perkampungan Melayu Datuk Hajah Hasnah Johor Bahru. Beliau tahu bahawa isu tanah orang Melayu sudah menjadi suatu perkara yang sensitif untuk dibahaskan pada masa ini.*
*Mengenai isu Perkampungan Melayu Datuk Hajah Hasnah, sebenarnya Kerajaan Negeri Johor telahpun menyediakan penempatan PPRT kepada penduduk tersebut. Malah Kerajaan Negeri juga telah menawarkan konsep sewa beli kepada penduduk yang tidak mampu membuat pinjaman perumahan.*
*Malah penduduk kampung harus berterima kasih dengan Kerajaan Negeri kerana memberi penempatan baru yang jauh lebih selesa. Walaupun, pada hakikatnya tanah tersebut bukan hak milik mereka tetapi Kerajaan Negeri masih mengambil peduli terhadap nasib penduduk kampung.*
*Saya juga tertanya-tanya mengapa majoriti penduduk kampung tersebut boleh berpindah ke rumah PPRT yang diberikan oleh Kerajaan Negeri tanpa banyak alasan. Tetapi, sekumpulan minoriti pula enggan berpindah ke penempatan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri.*
*Adakah mereka sudah termakan dengan hasutan Pakatan Harapan?*
*Jadi kesempatan inilah yang digunakan Pakatan Harapan untuk menghasut golongan minoriti bagi mempertahankan sesuatu yang bukan hak mutlak penduduk kampung tersebut. Sedar atau tidak sebenarnya Pakatan Harapan hanya mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi mereka sahaja.*
*Sudah terang-terangan tanah di kawasan perkampungan tersebut tidak memiliki geran persendirian. Jadi pihak berkuasa ada hak untuk mengambil tanah di perkampungan tersebut. Dan setakat ini, tidak pernah lagi saya dengar Kerajaan Negeri dengan sesuka hati mengambil hak milik tanah orang Melayu yang mempunyai geran persendirian.*
*Jadi saya menyeru kepada Pakatan Harapan untuk tidak terus-terusan mengelirukan rakyat dengan membuat cerita bahawa Kerajaan Negeri gagal membela nasib orang Melayu. Dan dalam masa yang sama, saya harap ‘orang luar’ ini tidak perlu masuk campur dan mengambil kesempatan ini untuk menghasut penduduk Kampung Datuk Hajah Hasnah.*
*Dhia Hani*
*Persatuan Pemikir Muda Johor*

Sekianlah artikel *Pakatan Harapan berhentilah kelirukan rakyat* kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca *Pakatan Harapan berhentilah kelirukan rakyat* linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/pakatan-harapan-berhentilah-kelirukan.html
0 Response to "*Pakatan Harapan berhentilah kelirukan rakyat*"
Posting Komentar