Judul : Zuhdi: PAS Sedia Maafkan Tun M Jika "Jauhkan Diri" Daripada DAP
link : Zuhdi: PAS Sedia Maafkan Tun M Jika "Jauhkan Diri" Daripada DAP
Zuhdi: PAS Sedia Maafkan Tun M Jika "Jauhkan Diri" Daripada DAP
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Zuhdi berkata kepimpinan PAS bersedia untuk memaafkan sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir walaupun beliau telah menganiaya parti Islam itu semasa menjadi Perdana Menteri.
"Pengisytiharan darurat di Kelantan, Tragedi Memali, menentang Kanun Jenayah Syariah dan antara lain, pembatalan subsidi minyak. Ini antara perkara yang dilakukan oleh Dr Mahathir yang memberi tekanan kepada kami," katanya.
Zuhdi berkata hubungan baik PPBM dengan DAP telah 'mensabotaj' hubungan antara PPBM dan PAS.
Beliau berkata Dr Mahathir telah terbawa-bawa dengan cara anti-Islam DAP manakala Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berusaha ke arah mengekalkan hubungan dengan PAS.
"Usaha untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah di negara ini tidak akan berjaya jika DAP terlibat," katanya.
Minggu lalu, Dr Mahathir berkata PPBM tidak perlu bekerjasama dengan PAS untuk pilihan raya.
Bagaimanapun, pada Rabu beliau berkata parti itu terbuka menerima parti Islam itu untuk menyertai blok pembangkang. #sumber
Zuhdi: PAS Sedia Maafkan Tun M Jika "Jauhkan Diri" Daripada DAP
Sekianlah artikel Zuhdi: PAS Sedia Maafkan Tun M Jika "Jauhkan Diri" Daripada DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Zuhdi: PAS Sedia Maafkan Tun M Jika "Jauhkan Diri" Daripada DAP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/zuhdi-pas-sedia-maafkan-tun-m-jika.html
0 Response to "Zuhdi: PAS Sedia Maafkan Tun M Jika "Jauhkan Diri" Daripada DAP"
Posting Komentar