Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam

Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam
link : Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam

Baca juga


Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam

Bernama ·


Peguam Latheefa Koya
Peguam Latheefa Koya

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa writ saman difailkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos gagal diserahkan kepada hingga hari ini.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Zuraida memberitahu pemberita sehubungan itu hakim S Nantha Balan menetapkan 16 Januari untuk pengurusan kes selepas dimaklumkan bahawa writ saman itu gagal diserahkan kepada Jamal selaku defendan dalam kes berkenaan.

“Pihak kami telah berusaha untuk menyerahkan writ saman kepada defendan di kediamannya termasuk pejabatnya tetapi masih gagal,” katanya selepas pengurusan kes di dalam kamar hakim.

Beliau berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan penyampaian ganti sama ada menggunakan ruang iklan di dalam akhbar, meletakkan writ saman itu di papan kenyataan mahkamah atau menghantar melalui pos satu salinan writ saman ke alamat defendan.

Pada 17 November tahun lalu, Zuraida memfailkan saman fitnah itu dengan menamakan Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia atas dakwaan mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya berhubung insiden pukul di sebuah pusat beli-belah di Ampang.

Zuraida mendakwa perkataan fitnah itu telah diterbitkan secara meluas melalui media cetak dan elektronik serta portal berita online termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini, Buletin Utama TV3 dan Astro Awani. Zuraida juga mendakwa akibat penerbitan perkataan fitnah itu, reputasinya sebagai Anggota Parlimen telah terjejas kerana beliau merupakan seorang tokoh awam yang dikenali ramai.



Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam

Sekianlah artikel Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/writ-saman-zuraida-terhadap-jamal-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam"

Posting Komentar