Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" !

Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" !
link : Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" !

Baca juga


Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" !

PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa didatangi seorang lelaki mewakili keluarga Anwar memohon bantuan daripadanya untuk mendapatkan pengampunan diraja.
Ia dinafikan serta merta anak perempuan Anwar, Nurul Nuha.
Saiful dalam catatan Facebook semalam berkata kenalan rapat ketua umum PKR itu mencarinya dan memohon maaf kerana menyerang dan tidak mempercayai dakwaannya selaku mangsa dalam pensabitan kes liwat.
“Saya cakap kepada beliau, tidak mengapa, saya sudah lama memaafkan semua, kerana mereka tidak tahu,” kata Saiful.
Menurut Saiful, lelaki itu kemudiannya menyampaikan hajat mewakili keluarga Anwar.
“Beliau mohon agar saya, selaku pengadu dalam kes, memohon pengampunan diraja bagi pihak Anwar dari Agong agar Anwar dibebaskan, tanpa mengubah pengakuan dan dakwaan saya.
“Beliau mohon saya maafkan Anwar. Katanya Anwar pun telah menjalani hukuman selama 2 tahun, mungkin beliau sudah insaf.”
Dalam pesanan teks ringkas, anak Anwar, Nurul Nuha berkata dakwaan Saiful itu tidak benar.
“Kami tidak pernah meminta apa-apa dari Saiful,” katanya dalam satu pesanan teks.
Ditanya sama ada keluarganya akan pertimbangkan meminta bantuan Saiful untuk membebaskan Anwar, Nurul Nuha menjawab “tidak”.
Saiful bagaimanapun berkata dia tidak pasti sama ada lelaki itu benar-benar menyampaikan hajat mewakili keluarga Anwar.
Beliau juga tidak pasti niat sebenar lelaki itu, “sama ada benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada pilihan raya umum nanti”.
Anwar perlu menjalani penjara 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Disember tahun lepas menolak permohonan semakan kehakiman bagi mengenepikan pensabitan liwat.
Anwar, 69, pada 30 April 2015 membuat rayuan itu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan pensabitan bersalah meliwat Saiful. #sumber


Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" !

Sekianlah artikel Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/saiful-dakwa-lelaki-minta-maaf-bagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" !"

Posting Komentar