Judul : Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru?
link : Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru?
Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru?
Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru? Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Openg mungkin menjadi ketua menteri Sarawak yang baharu.
Bagaimanapun, keputusan muktamad terletak di tangan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Taib Mahmud.
Lazimnya, ketua menteri dipilih daripada parti terbesar di negeri itu, PBB.
Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru? Menurut laporan The Star, walaupun beberapa pemimpin dalam hierarki parti itu disebut-sebut sebagai pengganti Tan Sri Adenan Satem, Abang Johari dilihat sebagai pilihan ketara.
Beliau adalah timbalan ketua menteri II merangkap timbalan presiden PBB.
Pemerhati politik berkata, kemungkinan lain ialah Naib Presiden PBB, Datuk Seri Douglas Uggah Embas (timbalan ketua menteri I) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Jeniri Amir memberitahu The Star, Abang Johari adalah pemimpin nombor 2 dalam parti itu, mempunyai pengalaman luas dan dihormati parti komponen Barisan Nasional lain di Sarawak.
Prof Stanley Bye Kadam Kiai daripada Unimas juga sependapat Abang Johari adalah pilihan utama.
Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru?
Sementara itu, The Borneo Post melaporkan ketua menteri Sarawak yang baharu dijangka mengangkat sumpah esok.
Menurutnya, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Sarawak untuk melantik pemangku ketua menteri.
Laporan itu memetik “sumber boleh dipercayai yang tahu undang-undang dan sistem negeri itu” berkata, apabila ketua menteri meninggal dunia atau melepaskan jawatan, Kabinet negeri juga perlu meletak jawatan atau dianggap sudah meletak jawatan.
Susulan pemergian Adenan kelmarin, Sarawak secara teknikalnya ditadbir kerajaan sementara, jadi ketua menteri baharu perlu dilantik segera.
“Pelantikan ketua menteri adalah budi bicara mutlak ketua negeri. Budi bicaranya tidak boleh dicabar di mahkamah. Ini bermakna, Tun (Taib) adalah orang yang akan membuat keputusan itu,” kata sumber itu kepada The Borneo Post.
Sumber itu berkata, apabila Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meletak jawatan pada 1994, seluruh Kabinetnya terpaksa meletak jawatan.
Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru?
Laporan itu memetik sumber sebagai berkata: “Ini ditentukan mahkamah pada 1994 apabila Tan Sri Pairin Kitingan meletak jawatan sebagai ketua menteri kerana pembelotan orang bawahannya. Seorang daripada menterinya, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha adalah timbalan ketua menteri dalam Kabinet Pairin.
“Selepas Pairin meletak jawatan, beliau (Amir) mahu mahkamah mengisytiharkan beliau tidak pernah meletak jawatan dan masih kekal sebagai timbalan ketua menteri. Tetapi, mahkamah di Sabah memutuskan apabila Pairin meletak jawatan, anggota Kabinet lain juga perlu dianggap sudah dibubarkan.
Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru? “Ini kerana menteri Kabinet dilantik atas nasihat ketua menteri yang sudah meletak jawatan.” - fmt
Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru?
Sekianlah artikel Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/rupanya-ini-ketua-menteri-sarawak-yang.html
0 Response to "Rupanya Ini Ketua Menteri Sarawak Yang Baru?"
Posting Komentar