Polis Bentong: Penganjur Kem Motivasi "Bogel" Akui Aksi Keterlaluan

Polis Bentong: Penganjur Kem Motivasi "Bogel" Akui Aksi Keterlaluan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Bentong: Penganjur Kem Motivasi "Bogel" Akui Aksi Keterlaluan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Bentong: Penganjur Kem Motivasi "Bogel" Akui Aksi Keterlaluan
link : Polis Bentong: Penganjur Kem Motivasi "Bogel" Akui Aksi Keterlaluan

Baca juga


Polis Bentong: Penganjur Kem Motivasi "Bogel" Akui Aksi Keterlaluan

BENTONG: Pengendali kem motivasi yang mengundang kontroversi apabila 39 pesertanya berbogel di padang permainan sebuah resort di sini pada petang Sabtu, mengakui mereka “keterlaluan” dalam menjalankan program itu.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor (foto) berkata perkara itu diakui mereka semasa dipanggil memberi keterangan pada malam kejadian, selain turut menyedari perbuatan mereka salah.
“Hasil soal siasat mendapati 39 peserta yang berumur 19 hingga 23 tahun, termasuk 23 pelajar itu hanya mengikut arahan yang diberikan kepada mereka semasa program tersebut dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mansor berkata kesemua peserta dan sembilan wakil syarikat serta fasilitator termasuk dua wanita sudah dibebaskan dengan jaminan polis secara berperingkat sehingga pukul 5 petang semalam selepas diambil keterangan.

Katanya siasatan juga mendapati pihak pengurusan resort berkenaan tidak terlibat dalam penganjuran kem motivasi itu dan hanya bertanggungjawab untuk menyewakan tempat, menyediakan peralatan serta makanan.
Mereka difahamkan langsung tidak tahu-menahu tentang kejadian tersebut sehinggalah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan pada malam kejadian, katanya.
Beliau berkata syarikat dari Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur itu pernah menyewa resort berkenaan sebanyak 2 kali sebelum ini untuk penganjuran kem motivasi, namun difahamkan modul “berbogel” tersebut kali pertama dilakukan.
“Kertas siasatan berhubung kes ini hampir selesai dan polis sudah mengambil keterangan semua pihak terlibat termasuk pihak syarikat, peserta, penduduk dan pengurusan resort.
“Ia dijangka dapat disiapkan dalam minggu ini sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat untuk tindakan selanjutnya,” kata Mansor.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana kelakuan lucah di khalayak awam yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda.
Dalam kejadian 5.30 petang Sabtu, 39 peserta sebuah kem motivasi dilaporkan berbogel di kawasan padang sebuah resort di sini ketika bermain satu permainan dinamakan “All Out”.
Dalam permainan itu peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada pada mereka menyebabkan peserta menanggalkan pakaian masing-masing sehingga berbogel.
Berikutan itu polis menahan 48 orang iaitu 39 peserta dan 9 fasilitator serta wakil syarikat pada 12.30 tengah malam Ahad bagi membantu siasatan. #sumber


Polis Bentong: Penganjur Kem Motivasi "Bogel" Akui Aksi Keterlaluan

Sekianlah artikel Polis Bentong: Penganjur Kem Motivasi "Bogel" Akui Aksi Keterlaluan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Polis Bentong: Penganjur Kem Motivasi "Bogel" Akui Aksi Keterlaluan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/polis-bentong-penganjur-kem-motivasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Bentong: Penganjur Kem Motivasi "Bogel" Akui Aksi Keterlaluan"

Posting Komentar