Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV .

Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV . - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV ., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV .
link : Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV .

Baca juga


Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV .

Bernama ·


 


KUALA LUMPUR – Pelantikan semula Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) adalah penting untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras syarikat.

Sambil mengalu-alukan pelantikan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, berkata ia juga menjamin kesinambungan yang diperlukan agar perbelanjaan pentadbiran kekal rendah, meningkatkan produktiviti aset sedia ada dan melupuskan aset bukan teras atau tidak berdaya maju.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan pada Jumaat mengumumkan pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi menggantikan Mohd Isa yang sudah tamat tempoh perkhidmatannya.

Bagaimanapun Mohd Isa kekal sebagai Pengerusi FGV. Najib berkata, di bawah penstrukturan semula itu, terdapat pembahagian tanggungjawab menjaga kebajikan dan status sosio-ekonomi peneroka serta perniagaan FELDA.


“Mohd Isa menjadi pengerusi syarikat itu sejak 2011.

“Sepanjang tempoh itu, beliau menunjukkan kualiti kepemimpinan yang hebat dalam menghadapi pelbagai cabaran bagi memastikan nilai pemegang saham terjamin,” kata Zakaria dalam satu kenyataan kepada BERNAMA.



Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV .

Sekianlah artikel Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV . kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV . linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/pelantikan-semula-mohd-isa-jamin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelantikan semula Mohd Isa jamin kesinambungan FGV ."

Posting Komentar