Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara

Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara
link : Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara

Baca juga


Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, menaikkan hukuman penjara 14 hari kepada lima bulan terhadap pasangan suami isteri yang mengasari penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), November tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng membuat keputusan itu kepada Lor Ka Hoo, 35, dan Tat Sit Fun, 30, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan diperintahkan menjalani hukuman mulai hari ini.

Tambahan hukuman ke atas pasangan itu kerana tempoh dua minggu tidak mencukupi untuk mencerminkan keseriusan kesalahan terbabit.

mbsapukul-transformed

" Mereka akui halang pegawai MBSA itu daripada menjalankan tugasnya dan bersikap agresif terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata pasangan itu tidak sepatutnya bertindak sewenangnya dengan menggunakan kekerasan terhadap seorang pegawai penguatkuasa kerajaan.

“Mereka sepatutnya bertenang dan membayar denda saman itu,” katanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad, Mohd Fairuz Johari dan Ng Wee Li manakala tertuduh diwakili S Gabriel.

Mahkamah perlu mengenakan hukuman yang berat bagi kesalahan seperti ini, kerana hukuman ringan akan menyebabkan masyarakat diluar-kawalan.

Mereka dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini tahun lalu selepas mengaku bersalah atas tuduhan pada menggunakan kekerasan untuk menghalang pegawai penguatkuasa MBSA Nurul Ain Isa, 23 daripada menjalankan tugasnya.

mbsa-saman

Peguam Negara, Apandi Ali dalam satu kenyataan pada 27 November berkata hukuman penjara dua minggu itu ‘jelas tidak memadai’ dan memfailkan rayuan balas untuk menambahkan hukuman itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan setugas menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.-nR-



Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara

Sekianlah artikel Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/pasangan-kasari-penguatkuasa-mbsa-kena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pasangan kasari Penguatkuasa MBSA kena 5 bulan penjara"

Posting Komentar