Judul : Nilai ringgit merudum, BNM perlu kaji tambat ringgit
link : Nilai ringgit merudum, BNM perlu kaji tambat ringgit
Nilai ringgit merudum, BNM perlu kaji tambat ringgit
Selangorkini ·SHAH ALAM – Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memikirkan langkah proaktif seperti menambat ringgit seperti dilaksanakan ketika negara berhadapan dengan krisis kewangan pada 1998.
Bekas Timbalan Pengarah BNM, Dr Rosli Yaakob berkata, kejatuhan nilai ringgit paras terendah sejak krisis kewangan Asia menunjukkan langkah mewajibkan pengeksport tempatan menukar 75 peratus hasil eksport kepada ringgit gagal memberi kesan diharapkan.
Katanya faktor dalam negara khususnya skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) memburukkan lagi persepsi pelabur terhadap keyakinan ringgit.
“Nilai ringgit terus merosot menunjukkan langkah diambil tidak atau belum menunjukkan kesan positif dan ini ditambah faktor negatif lain yang memberi kesan besar kepada ringgit termasuk skandal 1MDB yang belum diselesaikan,” kata Dr Rosli pada Selasa.
Katanya, petunjuk baru ini juga sekaligus menjadi petanda awal bahawa tidak mustahil nilai ringgit terus meleset ke paras RM5 bagi satu dolar AS sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal mengambil langkah lebih konkrit.
“Kebarangkalian mencecah RM5 memang ada sekiranya BNM tidak mengambil langkah sewajarnya tetapi bila masa akan berlaku tak dapat dijangkakan adakah lagi enam bulan atau setahun,” katanya.
Beliau berkata, kadar pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka perlahan pada tahun ini dan kenaikan harga komoditi termasuk minyak yang rendah turut menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit.
“Pertambahan hasil eksport tidak mampu melonjakkan nilai ringgit dan hutang negara yang besar dijangka terus bertambah terutamanya bila kita berhutang dengan China untuk buat projek besar yang memberi tekanan menurun yang kuat kepada ringgit,” kata Dr Rosli.
Beliau berkata selain itu peningkatan import ketika ringgit dalam keadaan lemah turut ‘memberatkan’ nilai ringgit untuk melonjak.
Nilai ringgit merudum, BNM perlu kaji tambat ringgit
Sekianlah artikel Nilai ringgit merudum, BNM perlu kaji tambat ringgit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Nilai ringgit merudum, BNM perlu kaji tambat ringgit linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/nilai-ringgit-merudum-bnm-perlu-kaji.html
0 Response to "Nilai ringgit merudum, BNM perlu kaji tambat ringgit"
Posting Komentar