Judul : SELANGOR TIADA AIR: AZMIN SALAHKAN NAJIB
link : SELANGOR TIADA AIR: AZMIN SALAHKAN NAJIB
SELANGOR TIADA AIR: AZMIN SALAHKAN NAJIB
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunding jari kepada orang lain di sebalik kegagalannya menyelesaikan krisis bekalan air sehingga mengakibatkan lebih dua juta pengguna di Lembah Klang terjejas ketika ini.
Seolah-olah cuba cuci tangan dalam krisis itu, Mohamed Azmin sebaliknya menjadikan Datuk Seri Mohamed Najib Tun Razak pula sebagai sasaran apabila beliau menuduh Perdana Menteri itu membuat dakwaan tidak berasas bahawa kerajaan negeri pimpinannya tidak mampu menguruskan sumber tersebut.
“Tuduhan Perdana Menteri itu tidak berasas.Tidak timbul isu kekurangan air di Selangor.
“Kita ada margin rizab air yang mencukupi. Masalah air yang berlaku ketika ini adalah kerana kemalangan yang berlaku semasa kerja-kerja membaiki kerosakan pam (di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3),” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian sempadan di antara Selangor dan Pahang di Hotel Concorde, semalam.
Yang hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mewakili kerajaan negeri itu.
Dalam masa sama, Mohamed Azmin cuba mengelak daripada dipersalahkan dalam krisis bekalan air yang melanda negeri ini.
Namun, beliau sebaliknya mahu Perdana Menteri pula dipersalahkan berhubung masalah tersebut.
“Salahkan Najib kalau berani,” ujarnya.
Pada 7 Mac lalu, Perdana Menteri menegaskan masalah air yang berlaku di Selangor sehingga menyebabkan enam daerahnya kini berada dalam keadaan kritikal adalah berpunca daripada sikap kerajaan PKR negeri ini lebih mengutamakan agenda politik berbanding membela nasib rakyat. – UTUSAN ONLINE

Sekianlah artikel SELANGOR TIADA AIR: AZMIN SALAHKAN NAJIB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca SELANGOR TIADA AIR: AZMIN SALAHKAN NAJIB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/selangor-tiada-air-azmin-salahkan-najib.html
0 Response to "SELANGOR TIADA AIR: AZMIN SALAHKAN NAJIB"
Posting Komentar