Judul : Nazri Aziz Bidas Peserta Program Motivasi Bogel Di Bentong ‘Sakit Otak’
link : Nazri Aziz Bidas Peserta Program Motivasi Bogel Di Bentong ‘Sakit Otak’
Nazri Aziz Bidas Peserta Program Motivasi Bogel Di Bentong ‘Sakit Otak’
ALOR GAJAH: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap syarikat penganjur program motivasi yang melakukan aktiviti sambil berbogel di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang, semalam.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, modul motivasi itu tidak sepatutnya diwujudkan kerana perbuatan terbabit mencemar budaya bangsa dan melanggar adat resam serta tatasusila rakyat negara ini.
“Saya rasa mereka ini ‘sakit otak’. Kita marah pada pelancong luar yang datang ke negara kita seperti kejadian yang berlaku di kawasan South Peak Gunung Kinabalu, Sabah, dua tahun lepas. Kini rakyat kita pula yang lakukan perbuatan itu.
“Ini bukan budaya kita. Ini gila punya kerja. Kalau mahu ikut cara barat pun, carilah yang munasabah…ini bukan tamadun kita, sebaliknya kembali semula ke zaman batu,” katanya.
Polis menahan 39 peserta lelaki berumur 19 hingga 23 tahun kerana disyaki berkelakuan lucah di tempat awam dengan berbogel ketika menyertai program motivasi di sebuah pusat peranginan di Bentong, pada petang semalam.
Kejadian sama berlaku di Gunung Kinabalu pada 30 Mei 2015, melibatkan sekumpulan pelancong asing menanggalkan pakaian setibanya di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.
Pada 12 Jun tahun sama, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 3 hari terhadap 4 pelancong asing itu dan denda RM5,000 atau 3 bulan penjara kerana melakukan perbuatan lucah di Gunung Kinabalu. #sumber
Nazri Aziz Bidas Peserta Program Motivasi Bogel Di Bentong ‘Sakit Otak’
Sekianlah artikel Nazri Aziz Bidas Peserta Program Motivasi Bogel Di Bentong ‘Sakit Otak’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Nazri Aziz Bidas Peserta Program Motivasi Bogel Di Bentong ‘Sakit Otak’ linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/nazri-aziz-bidas-peserta-program.html
0 Response to "Nazri Aziz Bidas Peserta Program Motivasi Bogel Di Bentong ‘Sakit Otak’"
Posting Komentar