Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M

Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M
link : Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M

Baca juga


Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M

GEORGE TOWN: Laporan perisikan Amerika Syarikat berhubung skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) 1980an tidak mengemukakan maklumat terbaharu berhubung peranan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Lim Kit Siang.
“Saya baca laporan itu, ia cuma menyatakan perkara yang sudah saya sebutkan sebelum ini.
“Saya berasa kecewa kerana saya harapkan akan ada pendedahan baharu, rahsia besar katanya, tetapi tidak ada pun,” kata Ketua Ahli Parlimen DAP kepada pemberita.
Menurut dokumen yang didedahkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu, kerajaan yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu cuba menangguhkan siasatan terhadap skandal BMF, sementara mencari jalan untuk menyelamatkan Bank Bumiputera.
Kit Siang berkata skandal BMF tidak sebesar skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Laporan mengatakan kerajaan menggunakan undang-undang kerahsiaan bank untuk mewajarkan kerahsiaan sekitar siasatan ke atas skandal itu.
Laporan itu menambah peranan kerajaan disyaki kerana perubahan pada pihak pengurusan BMF tertangguh selama setahun selepas masalah timbul.
Laporan itu antara 13 juta halaman dapatan perisikan CIA seluruh dunia, yang didedahkan kepada orang awam minggu lepas.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Dr Ariffin Omar berkata laporan itu tidak menyatakan Dr Mahathir bersalah.
“CIA berkata pentadbiran Dr Mahathir bertanggungjawab,” katanya.
Petang tadi, Dr Mahathir menepis laporan itu dan mempersoalkan masa penerbitannya.
“Tujuannya ialah politik, mungkin ada orang yang akan terima manfaat daripada ini. Ada laporan lain yang berbeza dengan laporan CIA. Baca laporan itu juga,” katanya.
Skandal BMF mendapat liputan pada awal 80an, selepas anak syarikat yang berpangkalan di Hong Kong memberikan pinjaman kepada beberapa syarikat meragukan, termasuk unit Carrian Holdings Ltd, konglomerat yang diketuai George Tan.
Ratusan juta dolar hangus apabila konglomerat itu muflis pada 1983, kes kemuflisan terbesar dalam sejarah Hong Kong.
Satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan untuk menyiasat skandal itu tidak membawa kepada pendakwaan. Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan sehingga kematiannya di London pada 2011. #sumber


Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M

Sekianlah artikel Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/lim-kit-siang-tiada-pendedahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M"

Posting Komentar