Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas

Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas
link : Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas

Baca juga


Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas

KUALA LUMPUR: Menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah satu daripada 6 punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia, kata polis.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus (foto) berkata, 6 punca utama itu adalah menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong barisan dan memotong di garisan berkembar.
Beliau mengulas video viral baru-baru ini mengenai seorang pemandu bas ekspres dirakam menggunakan telefon bimbit dan merokok ketika memandu di Plaza Tol Tangkak, Johor dari Kuala Lumpur.
Mahamad berkata, penggunaan telefon bimbit ketika memandu bukan sahaja sangat tidak bertanggungjawab, tetapi berbahaya.
“Sekadar membaca mesej ketika memandu di mana mata anda beralih dari jalan raya walaupun hanya beberapa saat boleh membawa kepada kemalangan maut,” katanya.
Beliau berkata, banyak kemalangan maut berpunca daripada penggunaan telefon bimbit ketika memandu, namun tiada angka tepat buat masa ini kerana tumpuan siasatan ke atas kemalangan adalah sama ada pemandu cuai dan tidak bertimbang rasa seperti termaktub di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pakar keselamatan jalan raya, Karen Goonting berkata, pemandu kenderaan tidak memahami bahaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Memetik satu kajian Amerika pada 2009, beliau berkata, seorang pemandu yang menaip atau membaca mesej teks ketika memandu adalah 23 kali lebih berkemungkinan menyebabkan atau terbabit dalam kemalangan.
Kajian bertajuk “100 kajian kereta” itu dijalankan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Nasional Amerika Syarikat, Majlis Penyelidikan Pengangkutan Virginia dan Virginia Tech.
Katanya, pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu lebih cenderung melakukan kesalahan berbanding mereka yang bercakap dengan penumpang atau mendengar muzik.
“Mereka lebih cenderung terkeluar daripada lorong, terlepas jalan, melanggar lampu isyarat merah, melanggar kenderaan di hadapan mereka dan juga pejalan kaki.
“Malah, perbuatan membaca atau menghantar SMS dan beralih pandangan daripada jalan untuk setiap 2 saat ketika memandu 88km sejam umpama memandu dengan mata ditutup di sebuah padang bola.” #sumber


Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas

Sekianlah artikel Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/guna-telefon-bimbit-sambil-memandu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas"

Posting Komentar