Biar Depa Lah! Faiz Subri Jawab Kritikan Mengenai Bahasa Dan Baju

Biar Depa Lah! Faiz Subri Jawab Kritikan Mengenai Bahasa Dan Baju - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biar Depa Lah! Faiz Subri Jawab Kritikan Mengenai Bahasa Dan Baju, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biar Depa Lah! Faiz Subri Jawab Kritikan Mengenai Bahasa Dan Baju
link : Biar Depa Lah! Faiz Subri Jawab Kritikan Mengenai Bahasa Dan Baju

Baca juga


Biar Depa Lah! Faiz Subri Jawab Kritikan Mengenai Bahasa Dan Baju

GEORGE TOWN: Mohd Faiz Subri yang dilihat mengalami kesulitan berucap dalam bahasa Inggeris ketika menerima anugerah Puskas di Zurich 2 hari lalu, mempunyai mesej pedas untuk pengkritiknya.
“Biar depa lah!” jawab beliau sejurus tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang malam tadi.
“Terpulang pada depa (mereka) lah, nak kata apa pun… yang penting Faiz dah buat baik,” katanya.
Menurutnya, beliau terpaksa memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris kerana jurubahasa tidak disediakan untuk ucapan bahasa Melayu.
Respons Faiz itu susulan beberapa komen di media sosial yang mengusik dan menyindir beliau ketika berada di pentas, selepas beliau diumumkan pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016.
Faiz yang hanya diberikan masa kurang seminit untuk menyampaikan ucapan ringkas dilihat memeriksa telefon bimbitnya untuk teks ucapan, sehingga diusik jaguh bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo sama ada beliau boleh membantu.
Faiz turut menjelaskan mengapa beliau tidak menggayakan baju Melayu pada anugerah itu seperti yang dijanjikan.
“Siapa yang berada di sana tahu, cuaca macam mana kan. Baju kena pakai 3 lapis baru rasa ok sikit.”
Sementara itu, Faiz berkata beliau kini mahu berusaha dipilih ke dalam pasukan kebangsaan.
Ditanya mengenai jadualnya kini selepas dinobatkan sebagai pemenang Puskas sebaris dengan jaguh bola sepak dunia lain, Faiz berkata tidak ada apa-apa perancangan kecuali mahu terus membawa kejayaan untuk pasukannya, Pulau Pinang.
Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng menyifatkan Faiz ikon kebanggaan Pulau Pinang dan mengumumkan hadiah RM50,000.
Ia sebagai tambahan kepada sumbangan RM10,000 kerajaan negeri selepas Faiz dicalonkan untuk hadiah Puskas.
Faiz turut menerima hadiah RM150,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Turut hadir pada majlis menyambut kedatangan Faiz semalam ialah isterinya Nitzawanis Hashim dan anaknya Alif Fayyadh, serta bapa Subri Kader, 64, dan ibunya Saadiah Ishak, 55.
Beberapa sahabat kampung halaman Faiz di Jerlun, Kedah turut sama. #sumber


Biar Depa Lah! Faiz Subri Jawab Kritikan Mengenai Bahasa Dan Baju

Sekianlah artikel Biar Depa Lah! Faiz Subri Jawab Kritikan Mengenai Bahasa Dan Baju kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Biar Depa Lah! Faiz Subri Jawab Kritikan Mengenai Bahasa Dan Baju linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/biar-depa-lah-faiz-subri-jawab-kritikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Biar Depa Lah! Faiz Subri Jawab Kritikan Mengenai Bahasa Dan Baju"

Posting Komentar