Judul : Bapa Rayu Bantuan Kewangan Bantu Anak Sambung Belajar Di UK
link : Bapa Rayu Bantuan Kewangan Bantu Anak Sambung Belajar Di UK
Bapa Rayu Bantuan Kewangan Bantu Anak Sambung Belajar Di UK
Anak lelaki beliau, Muhammad Faisal Ishak, 23, pemegang Diploma Of Engineering Technology In Avionics Mantainance dari Universiti Kuala Lumpur sepatutnya telah menyambung pelajaran ke peringkat Bsc (Hons) Aircraft Mantainance Engineering di University Of South Wales, United Kingdom pada 19 September 2016 yang lalu.
Namun dek kerana masalah kewangan, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan. Beliau sepatutnya mengikuti kursus tersebut selama tiga tahun di universiti terbabit. Malah, Faisal sepatutnya layak mendapat The European Aviaton Safety Agency (EASA) Part 66, License B2 yang diluluskan oleh Civil Aviation Authority (CAA) yang diikhtiraf seluruh dunia. Selain daripada itu, dia juga layak mendapat 2,400 jam "basic air mantainance training by British Airways.
Menurut Ishak, anaknya memerlukan kos pembiayaan sebanyak RM486,536.20 sepanjang tempoh kursus terbabit (tiga tahun). Jumlah itu agak besar dan beliau tidak mampu menyediakannya. Justeru, dia merayu sokongan kewangan daripada orang perseorangan, agensi korporat, kerajaan dan orang ramai untuk membantunya.
"Saya pernah cuba dapatkan bantuan kewangan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), namun gagal kerana dimaklumkan pihak terbabit tidak mempunyai dana untuk membiayai kos pembelajaran anaknya ke luar negara", kata Ishak.
"Saya juga telah cuba mendapatkan bantuan pinjaman daripada Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang. Namun, jawapannya tetap sama iaitu agensi terbabit tidak berupaya membantu anaknya. Sedangkan anak saya orang Pahang dan telah mendapat keputusan cemerlang (CGPA 3.56) peringkat diploma semasa di UniKL", katanya lagi.
Difahamkan, dengan menamatkan kursus tersebut anaknya layak berkerja di mana-mana syarikat penerbangan antarabangsa dengan gaji hampir mencecah RM200,000 sebulan. Ini bermakna, anaknya sangat berkemampuan untuk membayar balik pinjaman yang ditawarkan dan boleh menjadi aset berharga kepada kerajaan.
Bapa Rayu Bantuan Kewangan Bantu Anak Sambung Belajar Di UK
Sekianlah artikel Bapa Rayu Bantuan Kewangan Bantu Anak Sambung Belajar Di UK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Bapa Rayu Bantuan Kewangan Bantu Anak Sambung Belajar Di UK linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/bapa-rayu-bantuan-kewangan-bantu-anak.html
0 Response to "Bapa Rayu Bantuan Kewangan Bantu Anak Sambung Belajar Di UK"
Posting Komentar