Judul : Ambang 2017: Tragedi Bunga Api Meletup Atas Tanah, 10 Cedera Di Klang
link : Ambang 2017: Tragedi Bunga Api Meletup Atas Tanah, 10 Cedera Di Klang
Ambang 2017: Tragedi Bunga Api Meletup Atas Tanah, 10 Cedera Di Klang
PETALING JAYA: Kejadian bunga api meletup sebelum pertunjukan bermula di Klang tengah malam tadi dilaporkan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang tercedera, lapor Harian Metro.
Akhbar itu melaporkan, ketika kejadian di Kompleks Sukan Pandamaran itu, bunga api yang digunakan untuk pertunjukan sempena sambutan ambang tahun baru 2017 meletup di tanah terlebih dulu sebelum sempat ke udara.Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di kompleks berkenaan.
“Kami menerima panggilan pada 12.10 tengah malam. Seramai 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi.
“Tujuh mangsa melecur di kaki manakala 3 lagi mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan selanjutnya,” katanya dipetik daripada akhbar itu. #sumber
Ambang 2017: Tragedi Bunga Api Meletup Atas Tanah, 10 Cedera Di Klang
Sekianlah artikel Ambang 2017: Tragedi Bunga Api Meletup Atas Tanah, 10 Cedera Di Klang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Ambang 2017: Tragedi Bunga Api Meletup Atas Tanah, 10 Cedera Di Klang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/ambang-2017-tragedi-bunga-api-meletup.html
0 Response to "Ambang 2017: Tragedi Bunga Api Meletup Atas Tanah, 10 Cedera Di Klang"
Posting Komentar