Judul : Adakah Pejabat Tourism Malaysia Di Tutup Kerana Tak Cukup Wang?
link : Adakah Pejabat Tourism Malaysia Di Tutup Kerana Tak Cukup Wang?
Adakah Pejabat Tourism Malaysia Di Tutup Kerana Tak Cukup Wang?
MENTAKAB: Adakah kerajaan kekurangan sumber kewangan untuk membiayai operasinya ekoran penutupan pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara akibat menanggung hutang 1MDB dan keperluan lain?
Soalan itu diajukan Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji kepada Roketkini mengulas pengumuman Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz kelmarin.
Dalam pengumumannya, Nazri berkata penutupan itu bertujuan bagi mengelak pertindihan bidang kerja promosi yang juga dijalankan di Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) serta mampu menjimatkan wang sehingga RM6 juta setahun.
“Adakah penutupan pejabat Tourism Malaysia kerana kerajaan sudah tiada wang akibat tanggung hutang 1MDB. Atau kos tersebut akan dialihkan untuk persiapan Sukan SEA tahun ini?” soal Tengku Zul.
Penutupan pejabat Tourism Malaysia kata Adun Mentakab itu dikhuatiri akan menyukarkan agen-agen pelancongan dan pelancong untuk membuat rujukan.
“Saya harap perkara ini diambil perhatian dan tidak akan menjejaskan program melawat Pahang tahun ini.
“Ini kerana kerajaan Pahang telah membuat promosi besar-besaran dengan kos yang agak tinggi tahun lalu menggunakan kenderaan pacuan empat roda mengikut jalan darat dan penamatnya sehingga ke England,” katanya #sumber
Adakah Pejabat Tourism Malaysia Di Tutup Kerana Tak Cukup Wang?
Sekianlah artikel Adakah Pejabat Tourism Malaysia Di Tutup Kerana Tak Cukup Wang? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Adakah Pejabat Tourism Malaysia Di Tutup Kerana Tak Cukup Wang? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/01/adakah-pejabat-tourism-malaysia-di.html
0 Response to "Adakah Pejabat Tourism Malaysia Di Tutup Kerana Tak Cukup Wang?"
Posting Komentar