Zahid jawab isu surat palsu…jangka makin banyak fitnah menjelang PRU14

Zahid jawab isu surat palsu…jangka makin banyak fitnah menjelang PRU14 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid jawab isu surat palsu…jangka makin banyak fitnah menjelang PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid jawab isu surat palsu…jangka makin banyak fitnah menjelang PRU14
link : Zahid jawab isu surat palsu…jangka makin banyak fitnah menjelang PRU14

Baca juga


Zahid jawab isu surat palsu…jangka makin banyak fitnah menjelang PRU14

Semakin hampir dengan pilihan raya umum, semakin banyak fitnah dicipta yang mana bukan saja dilemparkan kepada parti komponen BN tetapi juga individu dalam kepemimpinan tinggi."

Itu ingatan dari Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang baru saja berdepan fitnah surat palsu disebar kononya beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

Serentak dengan itu beliau meminta semua parti komponen Barisan Nasional (BN) waspada dan  tangkas menangkis 'peluru berpandu politik' yang dilancarkan pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.
"Dalam keadaan demikian, kepimpinan dalam parti komponen BN, parti-parti yang bersahabat dengan BN serta badan bukan kerajaan (NGO) haruslah menghadapi semua fitnah itu dan bukannya hanya berdiam diri," katanya.
Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan penutupan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Ke-24 di Kajang ,Ahad.

Mengenai surat palsu untuk fitnah beliau,Zahid kata ia terang-terangan adalah palsu dan dibuat oleh mereka yang cemburukan kemesraannya dengan Perdana Menteri.



Katanya hubungan mereka secara rasmi dan peribadinya adalah baik sejak 1987 lagi, sejak Najib menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Pemuda UMNO sehingga hari ini.
“Mereka cuba untuk melakukan sesuatu ketika PAU (Perhimpunan Agung UMNO) tetapi PAU berjalan dengan baik, mereka lihat kemesraan saya dan Najib.
“Dan mereka tahu kalau dua pemimpin utama dipecahkan, matalamat mereka akan tercapai, mereka cemburu dengan kemesraan itu dan mereka lakukan perlagaan kedua pemimpin,” kata Zahid.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau lebih senang untuk tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap perkara itu yang dianggap sebagai fitnah berikutan kedudukan UMNO dan BN dilihat lebih teguh berbanding sebelum ini.
“Ramai yang tidak mempercayainya (surat layang), kerana kepala surat yang digunakan adalah ciplak daripada kerajaan dan jawatan yang disebutkan juga tidak mengikut protokol dan garis panduan yang ada malah tandatangan saya juga ditiru, saya tahu ianya palsu.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menjalankan siasatan rapi keatas penyebaran surat berkenaan.
“Ianya jelas adalah kesalahan besar, satu memalsukan tandatangan saya dan kedua guna bahan rasmi Kerajaan Persekutuan dan ketiga cubaan menimbulkan fitnah.
“PDRM telah terima lebih 20 laporan polis berhubung perkara itu, saya tidak mahu telibat tetapi PDRM telah dan akan lakukan siasatan mendalam bersama SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) bagi melihat puncanya dilakukan oleh siapa dan mereka pasti akan terima akibatnya,” tegasnya.


Zahid jawab isu surat palsu…jangka makin banyak fitnah menjelang PRU14

Sekianlah artikel Zahid jawab isu surat palsu…jangka makin banyak fitnah menjelang PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Zahid jawab isu surat palsu…jangka makin banyak fitnah menjelang PRU14 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/zahid-jawab-isu-surat-palsujangka-makin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid jawab isu surat palsu…jangka makin banyak fitnah menjelang PRU14"

Posting Komentar