Judul : Shahrir jawab tuduhan Mahathir mengenai projek Iskandar Malaysia
link : Shahrir jawab tuduhan Mahathir mengenai projek Iskandar Malaysia
Shahrir jawab tuduhan Mahathir mengenai projek Iskandar Malaysia
Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad mengatakan Tun Mahathir Mohamad harus menyokong pembangunan Iskandar Malaysia kerana projek itu akan memberikan Malaysia kelebihan daya saing berbanding Singapura dari segi pelaburan asing berimpak tinggi.
Beliau yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, menegaskan memandangkan Mahathir sentiasa curiga dengan Singapura, beliau perlu menyokong rancangan kerajaan terhadap projek Iskandar Malaysia yang akan menjadikan negara ini lebih berdaya saing berbanding jiran selatan.
“Projek ini akan mengurangkan kebergantungan kepada Singapura dan sebenarnya menjadikan kita persaingan mereka,” kata beliau dipetik dari akhbar Sinar Harian.
Dalam tulisan di blognya awal minggu ini, Mahathir berkata ia tidak masuk akal bagi rakyat Johor berpindah ke kediaman mewah yang dibina di wilayah Iskandar Malaysia yang boleh menampung 1.5 juta orang.
Beliau berkata, ia juga sesuatu yang tidak masuk akal dengan dakwaan seramai 1.5 juta warga asing turut tinggal di Johor Bahru.
Menurut Shahrir, kenyataan Mahathir itu didorong kepentingan politik sendiri, dan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Johor terhadap parti politik barunya, Parti Bersatu Pribumi Malaysia.
“Pada peringkat awal projek Iskandar, Mahathir mendakwa rakyat Johor akan diketepikan apabila Singapura mengambil alih Johor Bahru.
“Sekarang beliau mengatakan BN akan mengambil peluang menawarkan kewarganegaraan kepada orang China yang datang ke sini, supaya mereka boleh mengundi.
“Ini hanya helah politik,” kata Shahrir.
Shahrir juga menolak dakwaan hartanah di Iskandar Malaysia akan dimiliki orang asing, berkata kerajaan negeri hanya melaksanakan dasar jualan yang dilaksanakan sejak pentadbiran Mahathir.
“Sebaik sahaja kawasan ini dibangunkan sepenuhnya, kita tidak akan melepaskan tanah atau hartanah kepada Singapura. Mahathir sendiri pernah membenarkan warga asing membeli hartanah di Malaysia (pada satu masa),” katanya.
Shahrir jawab tuduhan Mahathir mengenai projek Iskandar Malaysia
Sekianlah artikel Shahrir jawab tuduhan Mahathir mengenai projek Iskandar Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Shahrir jawab tuduhan Mahathir mengenai projek Iskandar Malaysia linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/shahrir-jawab-tuduhan-mahathir-mengenai.html
0 Response to "Shahrir jawab tuduhan Mahathir mengenai projek Iskandar Malaysia"
Posting Komentar