Tindakan "Lanjutkan" Moratorium Hanyalah "Lakonan" Semata-Mata

Tindakan "Lanjutkan" Moratorium Hanyalah "Lakonan" Semata-Mata - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan "Lanjutkan" Moratorium Hanyalah "Lakonan" Semata-Mata, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan "Lanjutkan" Moratorium Hanyalah "Lakonan" Semata-Mata
link : Tindakan "Lanjutkan" Moratorium Hanyalah "Lakonan" Semata-Mata

Baca juga


Tindakan "Lanjutkan" Moratorium Hanyalah "Lakonan" Semata-Mata

PETALING JAYA: Tindakan melanjutkan tempoh moratorium selama tiga  bulan hanya usaha melindungi kepincangan kegagalan kerajaan menangani aktiviti perlombongan bauksit secara haram di Pahang, kata ahli Parlimen Kuantan.
Menurut Fuziah Salleh, ia hanya akan membenarkan pihak tidak beretika mengambil kesempatan sepanjang tempoh lanjutan moratorium selama 3 bulan itu.
Beliau dalam masa sama turut menyifatkan kenyataan lanjutan moratorium dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam sebagai lakonan “main kenyit mata”.
“Moratorium dilanjutkan atas alasan untuk membenarkan stok simpanan dibersihkan sewaktu menteri sedia maklum jumlahnya sebelum ini tidak berkurangan walaupun aktiviti membersih di tapak lombong berterusan dan menteri juga membuat kenyataan tidak menolak kemungkinan perlombongan haram berlaku.
“Seharusnya, semua pemegang permit import (AP) dibekukan dan syarikat tidak menjalankan tugas membersihkan stok sedia ada dengan betul sebelum ini sehingga ia tidak surut tidak boleh dibenarkan sama sekali meneruskan tugas tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, Wan Junaidi menyatakan tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang berakhir pada 31 Disember ini, dilanjutkan 3 bulan lagi hingga 31 Mac tahun depan.
Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium buat kali ke-4 itu dipersetujui Kabinet kelmarin bagi membolehkan sejumlah 2.95 juta tan stok simpanan bauksit dibawa keluar.
Mengulas lanjut, Fuziah berkata lanjutan moratorium itu hanya akan menambah risiko hakisan daripada lombong dan selagi ia berterusan, risiko air sungai serta air minuman kawasan itu akan tercemar juga berlarutan.
Katanya,jika pihak kementerian bersikap bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan isu itu, khidmat pihak ke-3 yang tidak berkepentingan terhadap industri bauksit seharusnya digunakan bagi membersihkan baki stok.
“Pihak ke-3 yang tidak mempunyai kepentingan ke atas rakyat harus diajak bersama. Rehabilitasi dahulu tapak lombong.
“Pastikan prosedur ketat wujud. Kemudian barulah boleh dibenarkan melombong semula secara beretika. Selagi tidak dibersihkan dan tidak direhabilitasi tapak lombong, selagi itu kehidupan kami terancam,” katanya. #sumber


Tindakan "Lanjutkan" Moratorium Hanyalah "Lakonan" Semata-Mata

Sekianlah artikel Tindakan "Lanjutkan" Moratorium Hanyalah "Lakonan" Semata-Mata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tindakan "Lanjutkan" Moratorium Hanyalah "Lakonan" Semata-Mata linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/tindakan-lanjutkan-moratorium-hanyalah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tindakan "Lanjutkan" Moratorium Hanyalah "Lakonan" Semata-Mata"

Posting Komentar